Connect with us

Terkini

Isu Palestin rentas geopolitik, penganut Kristian turut dibunuh – Nadir

Rakyat Malaysia khususnya bukan Islam diingatkan bahawa umat Islam menyokong dan menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin bukan kerana faktor geopolitik dan sejarah semata-mata.

Wartawan TMT

Published

on

Isu Palestin rentas geopolitik, penganut Kristian turut dibunuh – Nadir
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri.
  • Rakyat Malaysia khususnya bukan Islam diingatkan bahawa umat Islam sokong dan nyatakan solidariti kepada Palestin bukan kerana faktor geopolitik dan sejarah semata-mata.
  • “Hari ini kita tak menyokong Palestin kerana ia Palestin semata-mata, tetapi kerana ia dijajah, dizalimi, kerana orang-orang di sana dibunuh.
  • “Kristian pun diajar perkara sama juga, bagi orang Kristian yang menolak isu Palestin, tak nak campur isu Palestin, kena faham isu Palestin di bumi Gaza bukan sahaja orang Palestin itu orang Islam sahaja,” katanya ketika menjadi panel program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette di Datum Jelatek, di sini, semalam.
  • Serangan ketenteraan ke atas Gaza bukan sahaja melibatkan umat Islam, bahkan penganut agama lain turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai termasuk Kristian, katanya ketika menjadi panel program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette di Datum Jelatek, di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia khususnya bukan Islam diingatkan bahawa umat Islam menyokong dan menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin bukan kerana faktor geopolitik dan sejarah semata-mata.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, sebaliknya umat Islam diajar untuk mempertahankan mana-mana pihak tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Beliau berkata, Islam mengajar umatnya untuk menyokong semua pihak yang dizalimi, disakiti dan mana-mana tindakan penindasan, lebih-lebih lagi penjajahan zaman moden ketika ini.

“Hari ini kita tak menyokong Palestin kerana ia Palestin semata-mata, tetapi kerana ia dijajah, dizalimi, kerana orang-orang di sana dibunuh.

“Kristian pun diajar perkara sama juga, bagi orang Kristian yang menolak isu Palestin, tak nak campur isu Palestin, kena faham isu Palestin di bumi Gaza bukan sahaja orang Palestin itu orang Islam sahaja,” katanya ketika menjadi panel program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette di Datum Jelatek, di sini, semalam.

Tambah beliau, serangan ketenteraan ke atas Gaza bukan sahaja melibatkan umat Islam, bahkan penganut agama lain turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai termasuk Kristian.

“Ada 1,000 orang Palestin beragama Kristian yang turut dijajah, turut dibedil, yang turut dibunuh.

Advertisement

“Gereja-gereja kalian juga sedang dibom di bumi Gaza ketika ini, boleh lihat di media sosial, boleh cari gereja-gereja kalian, gereja ketiga tertua di dunia telah dibom.

“Minggu lepas gereja ortodok, tempat pelarian-pelarian Palestin beragama Kristian berlindung juga dibom,” katanya.

Katanya, isu Palestin merentasi isu geopolitik dan sejarah semata-mata kerana penganut Kristian sendiri dihalang daripada memasuki tempat suci Kristian.

“Kalian boleh baca di West Bank tentang mereka yang duduk di situ, walaupun mereka Kristian, mereka tak boleh sampai ke Jerusalem atau Baitul Maqdis untuk melawat Church of Holy Sepulchre.

“Mereka juga tak boleh pergi ke Betlehem tempat Nabi Isa dilahirkan disebabkan sekatan-sekatan sama yang dikenakan terhadap orang Palestin yang beragama Islam dan beragama Kristian,” katanya. 

Sumber: MalaysiaGazette

Advertisement

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending