Antarabangsa
Israel serang, bunuh keluarga wartawan di selatan Lubnan
Empat ahli keluarga seorang wartawan Lubnan, Samir Ayoub terkorban dalam satu serangan didalangi rejim Israel di selatan republik berkenaan pada Ahad.

- Empat ahli keluarga seorang wartawan Lubnan, Samir Ayoub terkorban dalam satu serangan didalangi rejim Israel di selatan republik berkenaan pada Ahad.
- Mangsa terdiri daripada kakak kepada Samir dan tiga cucu kakaknya yang berusia 10, 12 dan 14 tahun, sementara wartawan itu pula mengalami kecederaan ekoran serangan itu.
- Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), ia berlaku ketika waris keluarga wartawan itu mengekori keretanya dalam kenderaan berasingan ketika serangan dilakukan rejim zionis.
- Ekoran insiden itu, Hezbollah kemudian bertindak melancarkan beberapa roket ke arah Kiryat Shmona iaitu bandar di utara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.
- Tentera Israel mendakwa serangan itu adalah kerana pihaknya mengesyaki kenderaan terbabit digunakan pengganas.
LUBNAN – Empat ahli keluarga seorang wartawan Lubnan, Samir Ayoub terkorban dalam satu serangan didalangi rejim Israel di selatan republik berkenaan pada Ahad.
Mangsa terdiri daripada kakak kepada Samir dan tiga cucu kakaknya yang berusia 10, 12 dan 14 tahun, sementara wartawan itu pula mengalami kecederaan ekoran serangan itu.
Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), ia berlaku ketika waris keluarga wartawan itu mengekori keretanya dalam kenderaan berasingan ketika serangan dilakukan rejim zionis.
Ekoran insiden itu, Hezbollah kemudian bertindak melancarkan beberapa roket ke arah Kiryat Shmona iaitu bandar di utara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.
Kawasan selatan Lubnan yang terletak bersempadan dengan Israel kembali panas dengan konflik bersenjata apabila kumpulan Hezbollah saling berbalas serangan dengan rejim zionis susulan perang Israel-Hamas di Gaza pada 7 Oktober lalu.
Tentera Israel mendakwa serangan itu adalah kerana pihaknya mengesyaki kenderaan terbabit digunakan pengganas.
Rejim sedang meneliti laporan mengenai serangan berkenaan setelah mendapat tahu mangsa terkorban merupakan orang awam.
Sumber: Al-Arabiya English
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas