Connect with us

Antarabangsa

Israel bedil kem pelarian Jabalia, lebih 50 rakyat Palestin terkorban

Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Israel bedil kem pelarian Jabalia, lebih 50 rakyat Palestin terkorban
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.
  • Pengarah Hospital Indonesia Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 50 rakyat Palestin terbunuh dan 150 cedera dalam serangan udara di kawasan berpenduduk padat di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
  • Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas menyalahkan Israel atas serangan itu, manakala tentera Israel masih belum mengulas mengenai letupan itu.

GAZA: Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.

Pengarah Hospital Indonesia Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 50 rakyat Palestin terbunuh dan 150 cedera dalam serangan udara di kawasan berpenduduk padat di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas menyalahkan Israel atas serangan itu, manakala tentera Israel masih belum mengulas mengenai letupan itu.

Sementara itu, jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder memberi amaran tentang risiko kematian bayi akibat dehidrasi.

“Kanak-kanak di Gaza semakin sakit akibat minum air masin,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending