Terkini
Israel ‘ambil alih sepenuhnya tanggungjawab keselamatan’ di Gaza selepas perang tamat
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelmarin berkata rejim Yahudi itu akan ‘ambil alih sepenuhnya tanggungjawab keselamatan’ di Gaza selepas perang dengan Hamas tamat.

- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata rejim Yahudi akan ‘ambil alih sepenuhnya tanggungjawab keselamatan’ di Gaza selepas perang dengan Hamas tamat.
- “Apabila kita tidak memegang tanggungjawab keselamatan itu, apa yang berlaku ialah serangan Hamas pada skala yang tidak dapat dibayangkan,” katanya dalam wawancara bersama ABC News pada Isnin.
- Walaupun terdapat gesaan global, antaranya daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan pemimpin dunia lain supaya gencatan senjata diisytiharkan, Netanyahu menolak cadangan terbabit.
- Beliau berkata, Israel hanya akan mempertimbangkan ‘pemberhentian sementara bagi tujuan taktikal’ di Gaza.
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelmarin berkata rejim Yahudi itu akan ‘ambil alih sepenuhnya tanggungjawab keselamatan’ di Gaza selepas perang dengan Hamas tamat.
“Israel akan, untuk tempoh yang tidak ditetapkan, akan bertanggung penuh terhadap keselamatan di keseluruhan Gaza.
“Apabila kita tidak memegang tanggungjawab keselamatan itu, apa yang berlaku ialah serangan Hamas pada skala yang tidak dapat dibayangkan,” katanya dalam wawancara bersama ABC News pada Isnin.
Walaupun terdapat gesaan global, antaranya daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan pemimpin dunia lain supaya gencatan senjata diisytiharkan, Netanyahu menolak cadangan terbabit.
Beliau berkata, Israel hanya akan mempertimbangkan ‘pemberhentian sementara bagi tujuan taktikal’ di Gaza.
Jelasnya, ia bertujuan memudahkan kemasukan bantuan atau membawa keluar tebusan, namun tetap menolak gesaan gencatan senjata secara umum, walaupun terus berdepan tekanan antarabangsa.
“Tidak akan ada gencatan senjata di Gaza tanpa pembebasan tebusan kami.
“Setakat menghentikan serangan seketika, sejam di sini dan sejam di sana, kami bersedia, malah pernah melakukannya sebelum ini,” katanya.
Tambahnya, Israel mungkin bersetuju untuk menghentikan serangan seketika bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza atau membolehkan tebusan meninggalkan wilayah Palestin yang terkepung.
Ditanya sama ada dia harus bertanggungjawab ke atas serangan pada 7 Oktober lalu, Netanyahu menjawab, sudah tentu.
“Ia bukan satu persoalan dan perlu diselesaikan selepas perang,” katanya sambil menambah, kerajaannya secara jelas gagal memenuhi kewajipan untuk melindungi rakyat.
Ditanya mengenai potensi pemberhentian serangan untuk sementara waktu dengan idea itu turut disokong sekutu utama Israel, Amerika Syarikat (AS), Netanyahu berkata, gencatan senjata umum akan menghalang usaha perang negaranya.
“Saya rasa kita akan menyemak keadaan untuk membolehkan barangan termasuk bantuan kemanusiaan masuk atau membolehkan tebusan kita dikeluarkan,” katanya.
Kedua-dua pihak, Israel dan Hamas yang mengawal Gaza menolak tekanan antarabangsa yang semakin meningkat supaya gencatan senjata diisytiharkan.
Pertubuhan antarabangsa berkata, hospital di Gaza tidak lagi mampu menampung bilangan penduduk yang mengalami kecederaan, dengan makanan serta bekalan air bersih habis berikutan penghantaran bantuan tidak mencukupi.
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bermesyuarat secara tertutup kelmarin, di mana badan 15 anggota itu masih cuba untuk mempersetujui resolusi selepas empat kali berdepan kegagalan dalam tempoh dua minggu.
Kumpulan diplomat berkata, halangan utama UNSC adalah sama ada untuk menggesa gencatan senjata, pemberhentian permusuhan atau menghentikan serangan sementara untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS