Connect with us

Antarabangsa

Hospital di Gaza hanya ada bekalan elektrik kurang 24 jam

Sistem penjagaan kesihatan di Gaza mungkin tidak dapat beroperasi dalam tempoh kurang 24 jam sebelum generator kehabisan bahan api, sekali gus menyebabkan perkhidmatan hospital terpaksa dihentikan sepenuhnya.

Wartawan TMT

Published

on

Hospital di Gaza hanya ada bekalan elektrik kurang 24 jam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sistem penjagaan kesihatan di Gaza mungkin tidak dapat beroperasi dalam tempoh kurang 24 jam sebelum generator kehabisan bahan api, sekali gus menyebabkan perkhidmatan hospital terpaksa dihentikan sepenuhnya.
  • Beberapa hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza bermula, pihak berkuasa Israel menutup lintasan sempadan dengan Gaza dan menyekat bekalan bahan apinya. Hospital Gaza kini kebanyakannya bergantung kepada generator.
  • Ketika serangan Israel ke atas Gaza berlarutan lebih sebulan, kebanyakan hospital dan pusat penjagaan kesihatan terpaksa menutup operasi disebabkan dibom atau akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.
  • “(Dalam tempoh beberapa jam akan datang) keputusan yang sangat sukar perlu diambil sama ada untuk terus bekerja di hospital atau memindahkan semua orang ke kawasan yang berkemungkinan lebih berbahaya,” kata Kakitangan Palang Merah Palestin, Mohammed Abu Msbeh yang bertugas di Tebing Barat.

GAZA – Sistem penjagaan kesihatan di Gaza mungkin tidak dapat beroperasi dalam tempoh kurang 24 jam sebelum generator kehabisan bahan api, sekali gus menyebabkan perkhidmatan hospital terpaksa dihentikan sepenuhnya.

Bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza sangat perlahan dan ia tidak dapat mengubah keadaan, manakala sistem penjagaan kesihatan mencapai tahap terburuk dalam sejarah.

Keadaan di Gaza kini semakin buruk dengan ribuan rakyat Palestin yang cedera akibat serangan udara tentera Israel, terpaksa dikejarkan ke hospital di wilayah yang terus melalui pelbagai sekatan sejak 15 tahun lalu.

Beberapa hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza bermula, pihak berkuasa Israel menutup lintasan sempadan dengan Gaza dan menyekat bekalan bahan apinya. Hospital Gaza kini kebanyakannya bergantung kepada generator.

Kakitangan Palang Merah Palestin, Mohammed Abu Msbeh yang bertugas di Tebing Barat ketika mendedahkan perkembangan terkini, berkata keadaan hospital di Gaza semakin meruncing susulan serangan Israel.

“Hospital hanya mempunyai tempoh kurang 24 jam sebelum generator kehabisan bahan api, sekali gus menyebabkan perkhidmatan hospital terpaksa dihentikan sepenuhnya.

“Pada masa sama, perkhidmatan jalur lebar juga tidak boleh diakses selama dua hari, selain jalan sekitar hospital juga sukar diakses untuk tempoh empat hari berturut-turut.

Advertisement

“(Dalam tempoh beberapa jam akan datang) keputusan yang sangat sukar perlu diambil sama ada untuk terus bekerja di hospital atau memindahkan semua orang ke kawasan yang berkemungkinan lebih berbahaya,” katanya.

Pengarah Hospital Al Shifa, Abu Salmiya, berkata tindakan yang dilakukan Israel adalah perang terhadap hospital dan semua rakyat Palestin.

“Apabila anda menyasarkan hospital, ini adalah hukuman mati terhadap bukan saja anggota perubatan dan pesakit, malah semua rakyat di Semenanjung Gaza.

“Orang ramai tidak akan dapat menerima rawatan kesihatan dan ubat daripada hospital, yang akan menjejaskan kesejahteraan mereka dalam situasi kesihatan awam yang sudah sangat sukar.

“Semua orang tahu keperluan hospital, semua orang tahu hospital sudah menjadi tempat perkuburan,” katanya.

Ketika serangan Israel ke atas Gaza berlarutan lebih sebulan, kebanyakan hospital dan pusat penjagaan kesihatan terpaksa menutup operasi disebabkan dibom atau akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.

Advertisement

Memetik laporan, tentera penceroboh Israel melakukan sekurang-kurangnya 102 serangan ke atas pusat penjagaan kesihatan sejak tercetusnya pertempuran di wilayah yang dikepung pada 7 Oktober lalu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), serangan itu mengakibatkan 504 maut, 459 cedera, kerosakan pada 39 kemudahan dan menjejaskan 31 ambulans.

Pejabat media Gaza turut memaklumkan hanya 18 hospital yang masih beroperasi tetapi dalam keadaan yang sangat sukar akibat kehabisan bahan api dan bekalan perubatan. – AGENSI

SUMBER: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending