Connect with us

Terkini

Fadhlina beri 48 jam kepada Ahli Parlimen Jasin, Harakahdaily tarik balik artikel

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menghantar notis tuntutan terhadap Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan Harakahdaily berhubung kenyataan berbaur fitnah yang disiarkan baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Fadhlina beri 48 jam kepada Ahli Parlimen Jasin, Harakahdaily tarik balik artikel
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) & Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail (kanan).
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hantar notis tuntutan terhadap Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan Harakahdaily berhubung kenyataan berbaur fitnah yang disiarkan baru-baru ini.
  • Menerusi surat tuntutan yang dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Ibrahim & Fuaadah semalam, kedua-dua pihak itu diberikan tempoh 48 jam supaya menarik balik artikel berkenaan.
  • Artikel tersebut berhubung dakwaan ada arahan dikeluarkan Menteri Pendidikan supaya takbir dan bacaan doa Qunut Nazilah tidak dibenarkan semasa penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah di seluruh negara.
  • “Dalam banyak-banyak orang bercakap kononnya wujud larangan takbir dan Qunut Nazilah ini, kita saman ahli parlimen. Kenapa? Sebab beliau memiliki floor untuk bertanya di dalam dewan, bukannya bercakap di luar tanpa usul periksa untuk mempertikaikan akidah atau menjadi sentimen ini di luar,” tegasnya. 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menghantar notis tuntutan terhadap Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan Harakahdaily berhubung kenyataan berbaur fitnah yang disiarkan baru-baru ini.

Menerusi surat tuntutan yang dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Ibrahim & Fuaadah semalam, kedua-dua pihak itu diberikan tempoh 48 jam supaya menarik balik artikel berkenaan.

Artikel itu adalah berhubung dakwaan terdapat arahan dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan supaya takbir dan bacaan doa Qunut Nazilah tidak dibenarkan semasa penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah di seluruh negara.

Fadhlina dalam tuntutan itu mahu siaran berkenaan ditarik balik daripada semua platform mereka dan permohonan maaf perlu dibuat tanpa syarat seperti diluluskan peguam dalam tempoh 48 jam daripada penerimaan surat berkenaan.

Mereka juga dituntut untuk memberikan aku janji dan jaminan bertulis untuk tidak akan menyiarkan dan menyebarkan apa-apa pernyataan fitnah terhadap Fadhlina, serta membayar ganti rugi RM500,000 bagi kecederaan terhadap reputasi dan nama baik menteri terbabit.

Sekiranya tuntutan itu gagal dilaksanakan, Fadhlina menerusi peguamnya akan meneruskan tindakan undang-undang tanpa notis selanjutnya.

Melalui surat itu juga, Fadhlina menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan untuk membuat bacaan Qunut Nazilah atau takbir bagi sambutan itu.

Sementara itu, Fadhlina dalam satu kenyataan berkata, tujuan saman itu dibuat adalah bagi memelihara maruah dan membersihkan fitnah yang tersebar.

“Sehingga kini tiada usaha untuk meminta maaf atau menjelaskan perkara sebenar dari pihak yang menuduh.

“Budaya politik fitnah ini berbahaya dan mampu merosakkan bangsa kita. Kita perlu berpolitik secara membina dan menunjukkan contoh yang baik kepada generasi kedepan,” katanya.

Fadhlina berkata, walaupun telah dijelaskan berkali-kali yang KPM tidak mengeluarkan arahan menghalang takbir dan Qunut Nazilah di sekolah namun fitnah itu terus tersebar.

Selain itu katanya, tindakannya menyaman Ahli Parlimen berkenaan ialah kerana pihak terbabit tidak menggunakan peluang untuk bertanya di dalam Parlimen.

“Dalam banyak-banyak orang bercakap kononnya wujud larangan takbir dan Qunut Nazilah ini, kita saman ahli parlimen. Kenapa? Sebab beliau memiliki floor untuk bertanya di dalam dewan, bukannya bercakap di luar tanpa usul periksa untuk mempertikaikan akidah atau menjadi sentimen ini di luar,” tegasnya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending