Antarabangsa
Ceroboh Hospital al-Shifa, komuniti antarabangsa digesa persoal risikan pengganas Israel
Profesor di Institut Doha, Tamer Qarmout menyeru komuniti antarabangsa untuk mula mempersoalkan “risikan” Israel yang membenarkan serbuan ke atas Hospital al-Shifa dengan dakwaan bagi mencari terowong, senjata dan tawanan Hamas.
- Profesor di Institut Doha, Tamer Qarmout menyeru komuniti antarabangsa untuk mula mempersoalkan “risikan” Israel yang membenarkan serbuan ke atas Hospital al-Shifa dengan dakwaan bagi mencari terowong, senjata dan tawanan Hamas.
- Andreas Krieg, seorang profesor kajian keselamatan di King’s College London, dakwaan Israel mengenai Hospital al-Shifa sebagai pusat arahan Hamas telah dilakukan “selama sedekad”.
- “Israel sentiasa membawa naratif ini dan sudah tiba masa kebenarannya perlu dibuktikan. Tentera mereka kini di hospital tersebut dan mereka perlu kemukakan bukti bahawa ia sememangnya benar,” kata Andreas kepada Al Jazeera.
- Wartawan Al Jazeera di Gaza, Jihad Abu Shanab, sewaktu serbuan dilakukan pengganas Israel terhadap kompleks al-Shifa, beliau memaklumkan orang awam disoal siasat dengan kejam, selain dimalukan dengan teruk oleh tentera zionis.
Profesor di Institut Doha, Tamer Qarmout menyeru komuniti antarabangsa untuk mula mempersoalkan “risikan” Israel yang membenarkan serbuan ke atas Hospital al-Shifa dengan dakwaan bagi mencari terowong, senjata dan tawanan Hamas.
Menurut Qarmout, hasrat pengganas Israel untuk menawan Gaza bukan lagi rahsia apabila tentera penjajah itu bertegas mahukan kawalan penuh terhadap utara Gaza sebaik perang selesai.
Justeru untuk meraih lebih banyak masa merampas sepenuhnya Kota Gaza dan utara, Israel akan terus menyebarkan “naratif palsu serta tuduhan, dengan bantuan Amerika Syarikat (AS).”
“Ia bukan sesuatu yang mudah bagi Israel, Hamas akan terus menentang, tetapi orang awam yang membayar harga sebenar genosid ini,” katanya kepada Al Jazeera.
Manakala itu bagi Andreas Krieg, seorang profesor kajian keselamatan di King’s College London, dakwaan Israel mengenai Hospital al-Shifa sebagai pusat arahan Hamas telah dilakukan “selama sedekad”.
“Israel sentiasa membawa naratif ini dan sudah tiba masa kebenarannya perlu dibuktikan. Tentera mereka kini di hospital tersebut dan mereka perlu kemukakan bukti bahawa ia sememangnya benar,” kata Andreas kepada Al Jazeera.
Bagaimanapun jelas Andreas, bukti yang dikemukakan zionis sejak beberapa hari lalu dari hospital lain bukan saja tidak dapat disimpulkan malah kebanyakannya tidak konsisten, menunjukkan banyak kelemahan serta maklumat yang salah menyebabkan dakwaan tersebut sukar dipercayai.
“Dari sudut pandangan perisikan, saya berpendapat Amerika hanya meniru Israel serta tidak mendatangkan bukti mereka sendiri.”
Sementara itu menurut Wartawan Al Jazeera di Gaza, Jihad Abu Shanab, sewaktu serbuan dilakukan pengganas Israel terhadap kompleks al-Shifa, orang awam disoal siasat dengan kejam, selain dimalukan dengan teruk oleh tentera zionis.
“Sebelum menyerbu perkarangan (hospital), mereka menyasarkan setiap tingkat, penjananya, unit komunikasinya, dan sekarang kami tidak boleh berhubungan dengan dunia luar.
Jihad turut memaklumkan bahawa saksi iaitu orang awam di perkarangan al-Shifa mengesahkan bahawa Hamas sama sekali tidak kelihatan di situ dan hospital tersebut hanya mengandungi doktor, pesakit serta rakyat Gaza yang cuba mendapatkan perlindungan.
Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Gaza, terdapat kira-kira 2,500 orang di fasiliti itu termasuk kumpulan medik, 600 pesakit yang cedera dan 36 bayi baru lahir – serta orang awam. -The Merdeka Times
Sumber: Al Jazeera
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini24 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar