Connect with us

Antarabangsa

Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera zionis Israel sejak operasi darat bermula

Pejuang Hamas mengumumkan pada Rabu bahawa mereka memusnahkan 136 kenderaan tentera Israel sejak operasi darat rejim zionis bermula di Gaza. 

Wartawan TMT

Published

on

Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera zionis Israel sejak operasi darat bermula
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pejuang Hamas mengumumkan pada Rabu bahawa mereka memusnahkan 136 kenderaan tentera Israel sejak operasi darat rejim zionis bermula di Gaza. 
  • Jurucakap sayap tentera Hamas ‘Briged Al-Qassam’, Abu Ubaida dalam ucapan disiarkan TV Al-Aqsa berkata, “kami telah mendokumentasikan pemusnahan 136 kenderaan zionis Israel, sama ada sepenuhnya atau sebahagian sejak permulaan operasi darat Israel.
  • “Musuh (Israel) menghalang pembebasan tahanan asing dengan mempergiat serangan udara dan melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana mereka menghalang pembebasan 12 daripada mereka beberapa hari lalu,” katanya dipetik agensi berita Anadolu. 
  • Semasa Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu, Hamas menawan kira-kira 242 warga Israel yang berpotensi untuk pertukaran 6,000 tahanan Palestin yang ditahan di penjara rejim Israel, menurut statistik rasmi. 

GAZA, PALESTIN – Pejuang Hamas mengumumkan pada Rabu bahawa mereka memusnahkan 136 kenderaan tentera Israel sejak operasi darat rejim zionis bermula di Gaza. 

Jurucakap sayap tentera Hamas ‘Briged Al-Qassam’, Abu Ubaida dalam ucapan disiarkan TV Al-Aqsa berkata, “kami telah mendokumentasikan pemusnahan 136 kenderaan zionis Israel, sama ada sepenuhnya atau sebahagian sejak permulaan operasi darat Israel.

“Musuh (Israel) menghalang pembebasan tahanan asing dengan mempergiat serangan udara dan melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana mereka menghalang pembebasan 12 daripada mereka beberapa hari lalu,” katanya dipetik agensi berita Anadolu. 

Berhubung dengan kemungkinan pertukaran tahanan, Abu Ubaida berkata, “pendekatan kami adalah perjanjian menyeluruh untuk menukar tahanan, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, atau kumpulan demi kumpulan. 

“Kami mempunyai tahanan wanita, warga emas dan mereka yang kurang sihat dalam penjara, sama seperti mereka yang mempunyai tahanan dalam kategori sama,” katanya.

Semasa Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu, Hamas menawan kira-kira 242 warga Israel yang berpotensi untuk pertukaran 6,000 tahanan Palestin yang ditahan di penjara rejim Israel, menurut statistik rasmi. 

Sumber: Anadolu Ajansi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending