Terkini
Anwar putuskan sertai APEC 2023 demi kepentingan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) yang bermula hujung minggu ini, ketika terdapat desakan untuk beliau tidak menyertainya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini putuskan hadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) yang bermula hujung minggu ini, ketika terdapat desakan untuk beliau tidak sertainya.
- Anwar berkata keputusan untuk sertai persidangan itu adalah bagi menjaga kepentingan negara dari pelbagai sudut hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi, serta menegaskan bahawa beliau tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan perjuangan rakyat Palestin.
- “Bagi saya keutamaan (adalah) jaga hubungan diplomatik dan keamanan, walaupun (pada masa yang sama) tidak berganjak dalam pertahan keadilan dan sokong perjuangan hak rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) yang bermula hujung minggu ini, ketika terdapat desakan untuk beliau tidak menyertainya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan untuk menyertai persidangan itu adalah bagi menjaga kepentingan negara dari pelbagai sudut hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi, serta menegaskan bahawa beliau tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan perjuangan rakyat Palestin.
Menyedari keputusan itu pasti tidak menyenangkan semua pihak, namun Anwar berharap beliau tidak dihukum sebagai pro Israel kerana hadir ke persidangan berkenaan, yang difahamkan setakat ini akan dihadiri semua negara Asia atas jemputan Presiden AS Joe Biden.
“Bagi saya keutamaan (adalah) jaga hubungan diplomatik dan keamanan, walaupun (pada masa yang sama) tidak berganjak dalam pertahan keadilan dan sokong perjuangan hak rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
“Saya sebagai perdana menteri nak jaga kepentingan negara ini, nak jaga keselamatan, ekonomi dan kesenangannya,” katanya yang mengakui wujud desakan agar beliau tidak menyertai APEC 2023 itu.
APEC merupakan forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik, dan pada tahun ini ia akan berlangsung di San Francisco dari 11 hingga 17 November.
Kesemua 21 ekonomi negara anggota APEC menyumbang hampir 40 peratus daripada populasi global, hampir 50 peratus daripada perdagangan global dan lebih daripada 60 peratus eksport barangan AS.
Anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.
Anwar berkata keutamaan Malaysia untuk Palestin adalah keamanan serta bantuan kemanusiaan bagi membantu kehidupan rakyat negara itu yang terjejas.
Perdana Menteri seterusnya menyarankan kepada mereka yang prihatin agar berusaha menambah kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang kini berjumlah RM100 juta, dan kerajaan akan pastikan kiriman sumbangan itu sampai kepada penduduk Palestin di Gaza menerusi badan yang boleh dipercayai.
Tabung AAKRP yang diselia Kementerian Luar diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza yang menjejaskan kehidupan penduduk Palestin di kawasan berkenaan.
Sementara itu Anwar turut meminta semua pihak dalam negara tidak mempolitikkan isu Palestin-Israel.
“Saya lihat kadang-kadang polemik parti dan golongan ekstrim agak melampau. Sudahlah, dalam isu Gaza ini, kita berpakatlah bersama, orang dibunuh, anak-anak kecil mati, fikirlah bersama bagaimana nak membantu,” katanya.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel