Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan – Nie Ching

Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, dan ia sekali gus dapat memberi teladan baik di samping mengelak daripada terlibat sama dalam penyebaran berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
  • Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat diterima sepenuhnya sebelum keluarkan kenyataan mengenainya, dan ia sekali gus dapat beri teladan baik di samping elak terlibat sama dalam penyebaran berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
  • “Kalau kita tidak pandai menyemak fakta dan kita percaya berita palsu, macam mana pula dengan orang di luar sana? Begitu ramai pengguna media sosial. Usaha untuk mendidik masyarakat memang ada seperti di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program Klik Dengan Bijak yang dijalankan sejak 2022.”
  • “Mungkin MCMC perlu sediakan satu sesi dan jemput semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kepala Batas (Siti Mastura Muhammad) supaya kita sebagai pemimpin di sini, kita perlu tunjukkan bahawa sebelum kita menyebar apa-apa berita, biarlah kita buat semakan terlebih dahulu,” katanya semasa jawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung satu kenyataan Siti Mastura dan langkah kementerian untuk tingkatkan kesedaran celik media dalam kalangan wakil rakyat.
  • Teo berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung satu kenyataan oleh Siti Mastura dan langkah kementerian untuk meningkatkan kesedaran celik media dalam kalangan wakil rakyat.

KUALA LUMPUR: Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, dan ia sekali gus dapat memberi teladan baik di samping mengelak daripada terlibat sama dalam penyebaran berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

“Kalau kita tidak pandai menyemak fakta dan kita percaya berita palsu, macam mana pula dengan orang di luar sana? Begitu ramai pengguna media sosial. Usaha untuk mendidik masyarakat memang ada seperti di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program Klik Dengan Bijak yang dijalankan sejak 2022.

“Mungkin MCMC perlu sediakan satu sesi dan jemput semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kepala Batas (Siti Mastura Muhammad) supaya kita sebagai pemimpin di sini, kita perlu tunjukkan bahawa sebelum kita menyebar apa-apa berita, biarlah kita buat semakan terlebih dahulu,” katanya.

Teo berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung satu kenyataan oleh Siti Mastura dan langkah kementerian untuk meningkatkan kesedaran celik media dalam kalangan wakil rakyat.

Semalam, Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi tempoh sehingga esok (Khamis) kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata tuduhan Ahli Parlimen Kepala Batas itu adalah tidak berasas dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya Siti Mastura gagal mengemukakan bukti berkenaan dalam tempoh yang diberikan.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial, Siti Mastura yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang dalam ucapannya di Kemaman, Terengganu pada 4 Nov lepas dikatakan membuat kenyataan yang mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew serta beberapa pemimpin DAP lain.

Semasa menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PH-Tasek Gelugor) yang mendakwa kerajaan bersikap tidak adil dalam menurunkan kandungan di media sosial, Teo menyangkal dakwaan kerajaan bersikap berat sebelah dalam hal berkenaan.

“Saya tidak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat kerana saya percaya bahawa apabila kita turunkan kandungan di media sosial kebanyakan kes itu.. kalau saya kongsikan dengan Yang Berhormat yang duduk di sebelah sana (pembangkang) juga bersetuju dengan tindakan diambil PDRM atau MCMC,” katanya.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Wan Saiful mengenai undang-undang untuk mengawal isu 3R di platform media sosial dan majlis-majlis perbincangan awam, Teo berkata MCMC dengan kerjasama platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, X dan YouTube, menurunkan 3,752 kandungan berkaitan penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian berkaitan 3R mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), sejak bulan Jan sehingga Oktober tahun ini.

“KKD telah menubuhkan Task Force Menangani Berita Palsu pada 1 Dis 2022 yang berfungsi bagi memantau berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara.

“Sejak penubuhannya, 156 berita yang tidak ditentukan kesahihannya melibatkan isu 3R dan Perdana Menteri serta pentadbiran telah dikenal pasti. Pemantauan, tindakan pentadbiran dan tindakan undang-undang diselaraskan oleh pelbagai agensi termasuk PDRM dan AGC,” katanya.

Teo berkata 75 kertas siasatan dibuka PDRM berkaitan penyebaran berita palsu dan isu 3R, dan daripada jumlah itu, 45 kes telah selesai dan 30 kes masih dalam siasatan di peringkat PDRM, Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) dan MCMC, setakat 1 Nov lepas. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending