Antarabangsa
Afrika Selatan dan Chad usir kakitangan diplomatik Israel
Afrika Selatan dan Chad menyertai senarai negara yang mengusir kakitangan diplomatik Israel dan mengkritik Baitulmaqdis Barat dalam pembunuhan ratusan masyarakat awam Palestin di Gaza dalam usaha menghancurkan Hamas.

- Afrika Selatan dan Chad menyertai senarai negara yang mengusir kakitangan diplomatik Israel dan mengkritik Baitulmaqdis Barat dalam pembunuhan ratusan masyarakat awam Palestin di Gaza dalam usaha menghancurkan Hamas.
- “Pembunuhan beramai-ramai di bawah pengawasan masyarakat antarabangsa tidak boleh diterima,” kata Menteri kepada Presiden Afrika Selatan Khumbudzo Ntshavheni kepada pemberita pada Isnin di Pretoria dipetik RT.
- Beliau juga membayangkan tindakan boleh diambil terhadap duta Israel ke Afrika Selatan, Eli Belotserkovsky kerana didakwa membuat kenyataan meremehkan mereka yang menentang pencerobohan Israel di Gaza.
- Chad menarik balik kuasa usaha sementara (charge d’affaires) ke Israel pada Sabtu, menurut kenyataan kerajaan pada Isnin.
- “Chad mengutuk hilangnya nyawa ramai orang awam yang tidak bersalah dan menggesa gencatan senjata yang membawa kepada penyelesaian berkekalan berkenaan isu Palestin,” kata kenyataan itu.
Afrika Selatan dan Chad menyertai senarai negara yang mengusir kakitangan diplomatik Israel dan mengkritik Baitulmaqdis Barat dalam pembunuhan ratusan masyarakat awam Palestin di Gaza dalam usaha menghancurkan Hamas.
“Pembunuhan beramai-ramai di bawah pengawasan masyarakat antarabangsa tidak boleh diterima,” kata Menteri kepada Presiden Afrika Selatan Khumbudzo Ntshavheni kepada pemberita pada Isnin di Pretoria dipetik RT.
Beliau juga membayangkan tindakan boleh diambil terhadap duta Israel ke Afrika Selatan, Eli Belotserkovsky kerana didakwa membuat kenyataan meremehkan mereka yang menentang pencerobohan Israel di Gaza.
Chad menarik balik kuasa usaha sementara (charge d’affaires) ke Israel pada Sabtu, menurut kenyataan kerajaan pada Isnin.
“Chad mengutuk hilangnya nyawa ramai orang awam yang tidak bersalah dan menggesa gencatan senjata yang membawa kepada penyelesaian berkekalan berkenaan isu Palestin,” kata kenyataan itu.
Negara Afrika tengah itu memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel pada 2019, lebih empat dekad selepas hubungan antara kedua-dua kerajaan itu terputus.
Afrika Selatan dan Chad mengikuti tujuh negara lain dalam menghukum Israel secara diplomatik.
Bolivia memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Israel pada 31 Oktober lalu, manakala Turkiye, Jordan, Bahrain, Honduras, Colombia dan Chile memanggil semula duta mereka ke Israel.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberitahu wartawan pada Sabtu bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan berkata, “Kami tidak berharap dengannya”.
Menteri Luar Afrika Selatan, Naledi Pandor berkata adalah penting bagi Pretoria untuk menyatakan kebimbangannya terhadap pencerobohan Israel di Gaza dan menggesa gencatan senjata.
“Kami perlu berhubung dengan pegawai kami kerana kami amat bimbang dengan pembunuhan berterusan kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah di wilayah Palestin, dan kami percaya tindak balas Israel merupakan satu bentuk hukuman kolektif,” katanya.
Sumber: RT
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas