Terkini
(VIDEO) Wanita Palestin buat roti di jalanan selepas rumah dibom, dimusnahkan rejim Israel
Sekumpulan wanita Palestin dilihat membuat roti di jalanan selepas rumah mereka di bom dan dimusnahkan tentera rejim zionis Israel.
Sekumpulan wanita Palestin dilihat membuat roti di jalanan selepas rumah mereka di bom dan dimusnahkan tentera rejim zionis Israel.
Video dimuat naik di youtube NRT News itu menunjukkan sekumpulan wanita membuat roti menggunakan beberapa peralatan rumah seperti kuali dan periuk.
Media tempatan melaporkan penduduk Palestin membakar roti di tepi jalan di Khan Younis, Gaza, disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan makanan daripada kedai berikutan ketiadaan gas memasak.
Beberapa penduduk lelaki Palestin pula dilihat menggunakan penutup logam untuk membakar roti demi kelangsungan hidup selepas rejim Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah itu.
Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.
Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan terburuk selepas Israel melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.
Setakat ini, seramai 8,306 warga Palestin terbunuh, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan 21,048 cedera akibat serangan rejim zionis di Gaza. — The Merdeka Times
Sumber: NRTTV
View this post on Instagram