Terkini
Tunggu arahan dakwa peniaga kibar bendera Israel
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes peniaga lelaki didakwa mengibar bendera Israel di premisnya di sini minggu lalu.

- Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes peniaga lelaki didakwa mengibar bendera Israel di premisnya di sini minggu lalu.
- Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki berusia 30-an dan menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN).
- “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang Dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 iaitu perbuatan dengan niat untuk menganggu keamanan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- “Siasatan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah selain dikehendaki untuk kes Seksyen 39C ADB 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini.
Kuala Terengganu: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes peniaga lelaki didakwa mengibar bendera Israel di premisnya di sini minggu lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki berusia 30-an dan menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN).
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang Dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 iaitu perbuatan dengan niat untuk menganggu keamanan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Siasatan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah selain dikehendaki untuk kes Seksyen 39C ADB 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini.
Mazli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat termasuk mengibar bendera Israel yang boleh mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.
Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan atau memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam.
Terdahulu, tular di media sosial gambar bendera Israel dikibarkan di sebuah premis perniagaan di Terengganu sejak Khamis lalu.
Tindakan itu mencetus kecaman dan kemarahan pengguna media sosial kerana ia seolah-olah menyokong Israel dan tidak sensitif dengan kekejaman yang sedang dialami rakyat Palestin ketika ini.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS