Connect with us

Terkini

Tiada penganiayaan petani di Tambun, proses pengosongan ikut undang-undang – Pejabat MB

Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan bahawa berlaku penganiayaan dan pengusiran secara paksa sekumpulan petani di Kanthan, Tambun kerana proses pengosongan tanah yang dilakukan adalah mengikut saluran undang-undang.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada penganiayaan petani di Tambun, proses pengosongan ikut undang-undang - Pejabat MB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan berlaku penganiayaan dan pengusiran secara paksa sekumpulan petani di Kanthan, Tambun kerana proses pengosongan tanah yang dilakukan adalah mengikut saluran undang-undang.
  • Dalam kenyataan di sini semalam, Pejabat Menteri Besar Perak memaklumkan bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan lebih 11 tahun itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menawarkan tapak alternatif di Changkat Kinding yang digazetkan sebagai zon pertanian melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).
  • “Bagi membolehkan proses pemindahan dibuat secara tersusun, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM700,000 bagi penyediaan infrastruktur serta kerja-kerja pembinaan teres bagi tujuan perladangan serta kemudahan saluran bekalan air di tapak alternatif berkenaan,” menurut kenyataan itu.
  • “Kerajaan Negeri juga menghargai peranan petani dalam membantu memastikan aspek ketersediaan sumber makanan sentiasa diutamakan, malah Perak adalah negeri pertama yang melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan sebagai usaha menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluaran makanan negara,” menurut kenyataan itu.

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan bahawa berlaku penganiayaan dan pengusiran secara paksa sekumpulan petani di Kanthan, Tambun kerana proses pengosongan tanah yang dilakukan adalah mengikut saluran undang-undang.

Dalam kenyataan di sini semalam, Pejabat Menteri Besar Perak memaklumkan bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan lebih 11 tahun itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menawarkan tapak alternatif di Changkat Kinding yang telah digazetkan sebagai zon pertanian melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).

“Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan isu tuntutan sekumpulan setinggan pertanian yang melakukan aktiviti pertanian secara haram di tapak projek Silver Valley Technology Park (SVTP) milik PKNPk.

“Bagi membolehkan proses pemindahan dibuat secara tersusun, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM700,000 bagi penyediaan infrastruktur serta kerja-kerja pembinaan teres bagi tujuan perladangan serta kemudahan saluran bekalan air di tapak alternatif berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan lawatan tapak ke Changkat Kinding telah diadakan pada Mei 2021 bersama-sama setinggan pertanian terbabit, namun malangnya sehingga kini hanya sekumpulan kecil daripada mereka yang menerima tawaran tersebut.

“Adalah amat penting bagi PKNPk sebagai penggerak utama ekonomi Negeri Perak untuk merealisasikan projek berimpak tinggi SVTP bagi melengkapkan perancangan memacu pembangunan industri negeri yang dijangka menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat selain mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru.

“Pun begitu, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan memahami kekangan yang dihadapi setinggan pertanian terbabit, Kerajaan Negeri melalui PKNPk sentiasa membuka pintu perundingan agar jalan penyelesaian menerusi penyediaan tapak alternatif di Changkat Kinding dapat sama-sama direalisasikan,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Isu tersebut menurut Pejabat Menteri Besar, boleh diselesaikan secara harmoni dengan semua pihak mengambil sikap tanggungjawab dan menghormati prinsip serta keluhuran undang-undang.

“Kerajaan Negeri juga menghargai peranan petani dalam membantu memastikan aspek ketersediaan sumber makanan sentiasa diutamakan, malah Perak adalah negeri pertama yang melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan sebagai usaha menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluaran makanan negara,” menurut kenyataan itu.

Malah, sekuriti makanan menjadi satu daripada enam agenda dalam pelan Perak Sejahtera 2030 dengan menggariskan pelbagai inisiatif memperkasa industri asas tani termasuk penubuhan Akademi Sekuriti Makanan dan pembinaan hub industri halal, jelas Pejabat Menteri Besar.

Dua hari lalu dilaporkan polis menahan empat individu, termasuk Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar kerana cuba menghalang pengusiran petani di Kanthan, Tambun.

Turut ditahan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas ialah Ahli Jawatankuasa PSM R Karthiges, anggota Pemuda PSM Perak P Kesavan, dan seorang petani yang dikenali sebagai Ho Pon Tien. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending