Terkini
Subsidi telur dan ayam, Kabinet akan buat keputusan sehari dua lagi
Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam sehari dua lagi.
- Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam sehari dua lagi.
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jualan yang kini mula dipasarkan di bawah harga siling serta bekalan di pasaran yang semakin stabil.
- “Sekarang ayam dan telur keadaannya (bekalan) sudah stabil. Harga sudah di bawah siling. Jadi, Kabinet akan buat keputusan. Kita tunggulah keputusan Kabinet itu,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatannya dari Jepun, Miyashita Ichiro sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam sehari dua lagi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jualan yang kini mula dipasarkan di bawah harga siling serta bekalan di pasaran yang semakin stabil.
“Saya masuk mesyuarat Kabinet (hari ini) hanya 10 minit. Saya bentang mengenai ayam serta telur dan kerajaan akan buat keputusan dalam sehari dua ini.
“Sekarang ayam dan telur keadaannya (bekalan) sudah stabil. Harga sudah di bawah siling. Jadi, Kabinet akan buat keputusan. Kita tunggulah keputusan Kabinet itu.
“(Keputusan itu berkaitan subsidi) … ya … sekarang sudah stabil,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatannya dari Jepun, Miyashita Ichiro sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 di sini, hari ini.
Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun ini.
Pada Jun pula, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai lalu.
Sementara itu, menyentuh bekalan import produk perikanan dari Jepun yang didakwa mengandungi sisa radioaktif terawat, Mohamad berkata, hasil ujian ke atas sampel ikan yang dibawa masuk mendapati ia negatif.
“Semua yang kita uji negatif. Jadi, tiada halangan import dari Jepun yang menjadi isu baru-baru ini. Kerana ia sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan.
“Bagaimanapun kita masih letakkan kekangan bekalan ikan dari Jepun di peringkat empat. Peringkat empat peringkat paling diberi perhatian, jika ada radioaktif seperti didakwa.
“Setakat ini, tidak ada. Sebarang ikan yang datang dari Jepun, makanlah. Ia selamat,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Malaysia bercadang meningkatkan import beras dari negara ASEAN lain bagi menstabilkan bekalan dan harga pasarannya, Mohamad berkata, perbincangan sentiasa dilakukan bersama Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bagi melihat keperluan itu.
“Itu kita bincang dengan BERNAS yang mana lebih murah sebab BERNAS lebih mengetahui dan kita sentiasa bincang dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh