Connect with us

Terkini

SST naik lapan peratus, cukai keuntungan modal pada 10 peratus, cukai barang bernilai tinggi diperkenalkan – PM

Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

SST naik lapan peratus, cukai keuntungan modal pada 10 peratus, cukai barang bernilai tinggi diperkenalkan – PM
Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata cukai yang dipungut oleh kerajaan adalah antara yang terendah di Asean pada 11.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ketimbang (berbanding) Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).
  • Menurutnya kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus ketimbang 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. 
  • “Kerajaan juga akan meluaskan skop perhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata cukai yang dipungut oleh kerajaan adalah antara yang terendah di Asean pada 11.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ketimbang (berbanding) Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Menurutnya kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus ketimbang 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. 

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

Kerajaan turut mempetimbangkan pengecualian cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam permulaan (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Anwar berkata kerajaan akan turut menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.  — BERNAMA

Advertisement

Sumber: Bernama 

Author

Terkini

Kos sara hidup meningkat, Kenaikan gaji 10 peratus wajar – Tinjauan

Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Avatar

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Demikian hasil tinjauan The Merdeka Times pada Khamis lalu yang mendapati rata-rata orang ramai berkata peningkatan kos perbelanjaan meliputi kenaikan kos barang basah, bayaran pinjaman perumahan dan kenaikan kos sewa rumah sebagai faktor kenaikan gaji tahunan itu 

Peniaga, Syafiq Hanan, 30, berkata anggaran komitmen bulanannya yang perlu dikeluarkan setiap bulan adalah sekitar RM3,000 ke RM4,000.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat memilih membuka perniagaan bagi menyelaraskan pendapatan dengan kos sara hidup semakin meningkat.

“Macam dulu, saya tidak memiliki rumah, bila saya beli rumah, kos meningkat kerana pinjaman bank ada kenaikan interest.

“Rumah di sekitar Lembah Klang saya boleh kata paling murah pun RM600,000 bagi rumah kondo atau apartment,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemubual di Ampang dekat sini pada Khamis lalu.

Advertisement

Bapa kepada seorang cahaya mata itu melihat perlunya peningkatan gaji  tahunan pekerja hingga 10 peratus.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters, lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.

Dapatan tinjauan awam itu melibatkan 400 calon dan organisasi di Malaysia pada September 2023.

Peniaga, Muhamad Ariff, 27, berkata kos komitmen sememangnya akan meningkat seiring dengan pertambahan umur ditambah dengan keadaan ekonomi tidak menentu.

Anak kelahiran Terengganu itu berkata purata bulanan perbelanjaan dikeluarkannya pada setiap bulan adalah RM1,500 yang meliputi pembelian barang basah.

“Sangat baiklah kalau gaji pekerja naik hingga 10 peratus,” kata Muhamad Ariff.

Advertisement

Jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Ema, 30, berkata kenaikan kos sara hidup ketika ini mendorongnya untuk membuat pendapatan sampingan selain menjalankan kerja hakikinya.

Katanya, komitmen bulanannya RM3,000 sebulan terdiri daripada kos sewa rumah yang terus meningkat selain mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

“RM500 saya belanjakan bagi perbelanjaan makanan, kalau boleh saving dekat situ, kita guna untuk kos transport. Kalau hantar duit ke keluarga dalam sekitar RM400 ke RM500.

“Sewa rumah pun naik, macam saya berasal dari Sabah dan bekerja di sini, bila-bila masa boleh tukar tempat kerja dan sewa rumah pun perlu dititikberatkan kerana melibatkan jarak lokasi yang mempengaruhi kos lain seperti kos pengangkutan,” katanya.

Ema berkata dia sebelum itu pernah menyewa sebuah rumah dengan kos RM850, namun kini dia perlu mengeluarkan RM1,000 bagi menampung komitmen berkenaan.

Pekerja syarikat perkhidmatan, Sayang Fairuz, 50, pula menyatakan perbelanjaan bulanannya antara RM2,000 hingga RM2,500 yang terdiri daripada kos pengangkutan, barang basah dan tanggungan anaknya.

Advertisement

“Kita kena bajet sangat-sangat, macam contoh hari ini dan semalam saya bawa bekal ke tempat kerja, almost every day saya masak sendiri. Saya tak beli makanan di luar, sangat tidak berbaloi,” katanya.

Dia berkata kenaikan gaji sehingga 10 peratus adalah bertepatan memandangkan rata-rata rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Kalau bagi basic gaji RM1,500 itu possible pada 1990-an, sekarang kita sudah berada pada 2023, tak sesuai lagi RM1,500,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending