Terkini
Solidariti Palestin: Uniten tawar tajaan yuran pengajian pelajar baharu Palestin
Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menawarkan tajaan yuran pengajian di sepanjang tempoh pengajian untuk pelajar baharu dari Palestin bagi sesi pendaftaran akademik 2023/2024.

- Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menawarkan tajaan yuran pengajian di sepanjang tempoh pengajian untuk pelajar baharu dari Palestin bagi sesi pendaftaran akademik 2023/2024.
- Naib Canselor Uniten, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, tawaran itu dasar dan semangat kebersamaan meringankan beban rakyat Palestin.
- “Kami percaya penghuluran bantuan kepada pelajar Palestin dalam menggapai cita-cita mereka menerusi bidang pendidikan tinggi di Malaysia adalah antara kaedah terbaik dan rasional yang menghala ke arah penemuan penyelesaian yang bermanfaat untuk negara mereka satu masa nanti. Saya secara peribadi yakin yang kejayaan dalam bidang pendidikanlah yang akan membangun dan memerdekakan bumi Palestin kelak.”
- “Penawaran pengecualian yuran pengajian kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Palestin kemasukan baharu bagi tahun pengajian 2023/2024 ini adalah tanda keprihatinan dan solidariti Uniten dalam isu kemanusiaan yang rumit ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
KUALA LUMPUR – Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menawarkan tajaan yuran pengajian di sepanjang tempoh pengajian untuk pelajar baharu dari Palestin bagi sesi pendaftaran akademik 2023/2024.
Naib Canselor Uniten, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, tawaran itu dasar dan semangat kebersamaan meringankan beban rakyat Palestin.
“Keseluruhan warga Uniten sentiasa komited dan seiring dengan kerajaan bagi memastikan sokongan penyelesaian praktikal kepada isu konflik Palestin-Israel yang rumit ini.”
“Kami percaya penghuluran bantuan kepada pelajar Palestin dalam menggapai cita-cita mereka menerusi bidang pendidikan tinggi di Malaysia adalah antara kaedah terbaik dan rasional yang menghala ke arah penemuan penyelesaian yang bermanfaat untuk negara mereka satu masa nanti. Saya secara peribadi yakin yang kejayaan dalam bidang pendidikanlah yang akan membangun dan memerdekakan bumi Palestin kelak.”
“Penawaran pengecualian yuran pengajian kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Palestin kemasukan baharu bagi tahun pengajian 2023/2024 ini adalah tanda keprihatinan dan solidariti Uniten dalam isu kemanusiaan yang rumit ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tawaran ini meliputi kesemua program pengajian di keseluruhan kampus Uniten.
Sebarang maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh didapati melalui Renee Marcia, Pengarah, Jabatan Pemasaran, Kemasukan, dan Hubungan Pelanggan Uniten di [email protected]
Uniten turut komited untuk berkerjasama dengan agensi-agensi kemanusiaan dan organisasi berkaitan yang diiktiraf Kerajaan dalam menyalurkan bantuan ke bumi Palestin.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS