Connect with us

Terkini

‘Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal’ – Idris Ahmad 

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal’ - Idris Ahmad 
Foto: Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.
  • Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.
  • Katanya, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan terus berdolak dalik dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menguruskan peruntukan terbabit.
  • “Sekarang ini kami datang ke Parlimen sebab setiap hari pejabat kami didatangi rakyat. Ada yang nak hantar anak ke hospital. Kita suruh pergi ke JKM, JKM kata tak ada peruntukan.
  • “Kita pergi kepada baitulmal… semalam ada satu kes (penyewa) rumah nak kena halau sebab sewa RM1,500 tak bayar. Dia minta saya, kita suruh pergi ke baitulmal… (tapi) dapat RM100 (sahaja),” katanya.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.

Katanya, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan terus berdolak dalik dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menguruskan peruntukan terbabit.

“Kalau peruntukan tak nak bagi tak apa… sebab peruntukan ini… kononnya dituduh, difitnah kami beri kepada TikTok… tapi biarlah peruntukan ini ada di kawasan kami.

“Sekarang ini kami datang ke Parlimen sebab setiap hari pejabat kami didatangi rakyat. Ada yang nak hantar anak ke hospital. Kita suruh pergi ke JKM, JKM kata tak ada peruntukan.

“Kita pergi kepada baitulmal… semalam ada satu kes (penyewa) rumah nak kena halau sebab sewa RM1,500 tak bayar. Dia minta saya, kita suruh pergi ke baitulmal… (tapi) dapat RM100 (sahaja),” katanya.

Tambah Idris, pembangkang tidak membantah sekiranya kerajaan mahu meletakkan pegawai pemantau di setiap pejabat wakil rakyat blok itu untuk memantau pengurusan bantuan rakyat.

Ujarnya, mereka rela berbuat demikian agar peruntukan dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

“Sebab itu kita harapkan tak ada masalah… wang itu boleh letak di JKM tak apa, ataupun di baitulmal, atau di Pejabat Daerah asalkan rakyat dapat… itu sudah cukup.

“Bukan untuk kami, kami boleh bagi (bantuan) insya-Allah RM50-RM100, tapi tak cukup sepadan dengan apa mereka perlukan.

“Maka sebab itu kita harapkan… apa yang penting mekanisme ini diberikan kepada mereka yang sepatutnya. Kalau takut sangat nak beri kepada kami, letak pegawai SPRM di pejabat kami… nak uruskan (bantuan) tempat kami. Kami rela,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *