Connect with us

Terkini

‘Saya akan dedahkan isu kartel beras menipu rakyat’ – Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau akan mendedahkan tentang isu kartel beras kepada umum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Saya akan dedahkan isu kartel beras menipu rakyat’ - Akmal
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan akan mendedahkan tentang isu kartel beras kepada umum.
  • Isu berhubung kartel beras itu perlu didedahkan kerana menipu rakyat berhubung beras hancur dan beras super spesial tempatan (SST), katanya.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau akan mendedahkan tentang isu kartel beras kepada umum.

Menurut beliau, isu berhubung kartel beras itu perlu didedahkan kerana menipu rakyat berhubung beras hancur dan beras super spesial tempatan (SST).

Beliau turut memuat naik di laman Facebook gambar beras hancur dan beras SST dan meminta orang ramai membuat perbandingan.

“Yang mana satu beras hancur dan beras SST? Jawab dulu, nanti saya akan beritahu pendedahan isu kartel beras ni menipu rakyat. Kita lawan demi hak rakyat,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini. 

Sumber: Kosmo, Facebook Akmal Saleh

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *