Connect with us

Terkini

RM30 juta bantuan khas Bernas disalurkan kepada pesawah

Sebanyak RM30 juta daripada keseluruhan RM60 juta peruntukan bantuan khas daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada pesawah yang layak.

Wartawan TMT

Published

on

RM30 juta bantuan khas Bernas disalurkan kepada pesawah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebanyak RM30 juta daripada keseluruhan RM60 juta peruntukan bantuan khas daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada pesawah yang layak.
  • Timbalan Menteri Chan Foong Hin berkata, sumbangan sebanyak RM250 kepada pesawah yang layak itu dilakukan secara berperingkat dengan penyaluran pertama berjumlah RM10 juta manakala kedua, RM20 juta.
  • “Penyaluran pertama dilakukan kepada tiga negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala penyaluran kedua sebanyak RM20 juta adalah kepada pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
  • “Penyaluran bantuan bagi pesawah di Perak dan negeri-negeri lain akan dilaksanakan pada peringkat yang seterusnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM30 juta daripada keseluruhan RM60 juta peruntukan bantuan khas daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada pesawah yang layak.

Timbalan Menteri Chan Foong Hin berkata, sumbangan sebanyak RM250 kepada pesawah yang layak itu dilakukan secara berperingkat dengan penyaluran pertama berjumlah RM10 juta manakala kedua, RM20 juta.

“Penyaluran pertama dilakukan kepada tiga negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala penyaluran kedua sebanyak RM20 juta adalah kepada pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Penyaluran bantuan bagi pesawah di Perak dan negeri-negeri lain akan dilaksanakan pada peringkat yang seterusnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (Perikatan Nasional-Parit Buntar) yang ingin tahu masalah yang menyebabkan petani di Perak belum mendapat sumbangan RM250 daripada Syed Mokhtar Al-Bukhari, sedangkan sumbangan tersebut sudahpun disalurkan kepada kerajaan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending