Connect with us

Antarabangsa

Rakyat AS di Gaza failkan tuntutan mahkamah terhadap Biden

Beberapa rakyat Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran Presiden, Joe Biden yang bukan sahaja gagal memujuk Israel menghentikan serangan kejam ke atas Palestin malah tidak berusaha melindungi dan menyelamat warganya sendiri di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat AS di Gaza failkan tuntutan mahkamah terhadap Biden
Foto: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
  • Beberapa rakyat Amerika Syarikat (AS) suarakan kekecewaan terhadap pentadbiran Presiden, Joe Biden yang bukan sahaja gagal memujuk Israel menghentikan serangan kejam ke atas Palestin malah tidak berusaha melindungi dan menyelamat warganya sendiri di Gaza.
  • Antara menyuarakan perkara itu ialah Zakaria Alarayshi dan isterinya Laila, dua daripada ratusan warga AS yang terperangkap di Semenanjung Gaza di tengah-tengah pertempuran antara Israel dan Hamas.
  • Minggu lalu, pasangan itu merupakan penduduk bandar Livonia di Michigan failkan tuntutan mahkamah terhadap pentadbiran Biden bagi memaksa kerajaan AS memindahkan rakyatnya dari Gaza.
  • Zakaria berharap tuntutan mahkamah itu akan berupaya menggesa Presiden AS melayan semua rakyat negara itu secara sama rata, tidak kira di mana mereka berada.

GAZA: Beberapa rakyat Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran Presiden, Joe Biden yang bukan sahaja gagal memujuk Israel menghentikan serangan kejam ke atas Palestin malah tidak berusaha melindungi dan menyelamat warganya sendiri di Gaza.

Foto: Antara warga AS yang terperangkap di Semenanjung Gaza, Zakaria Alarayshi dan isterinya Laila.

Antara yang menyuarakan perkara itu ialah Zakaria Alarayshi dan isterinya Laila, dua daripada ratusan warga AS yang terperangkap di Semenanjung Gaza di tengah-tengah pertempuran antara Israel dan Hamas.

Zakaria dan Laila hanya merancang singgah di Gaza selama beberapa minggu untuk melawat ahli keluarganya tetapi serangan berterusan dan sekatan di sempadan menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri.

Minggu lalu, pasangan itu yang merupakan penduduk bandar Livonia di Michigan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pentadbiran Biden bagi memaksa kerajaan AS memindahkan rakyatnya dari Gaza.

Zakaria yang mengakui mengundi Biden pada 2020, berharap tuntutan mahkamah itu akan berupaya menggesa Presiden AS melayan semua rakyat negara itu secara sama rata, tidak kira di mana mereka berada.

AS dilaporkan memindahkan beribu-ribu rakyatnya keluar dari negara jiran Israel, termasuk menaiki kapal persiaran namun tidak berbuat demikian di Gaza.

“Saya membina perniagaan, membayar cukai dan melakukan segala-galanya dengan betul untuk membina masa depan yang lebih baik bagi diri dan keluarga, malah hidup dengan terhormat. Tetapi sekarang saya berasa seperti warganegara kelas kedua. Biden harus menjaga semua orang,” katanya.

Peguam dan pengasas Liga Hak Sivil Arab Amerika (ACRL), Nabih Ayad yang memimpin kumpulan advokasi berpangkalan di Michigan dan terlibat dalam tuntutan mahkamah itu turut menegaskan kerajaan AS mempunyai kewajipan untuk melindungi rakyatnya di luar negara.

“Hakikat bahawa anda memindahkan warga AS berketurunan Israel tetapi bukan warga AS berketurunan Palestin menimbulkan masalah,” kata Ayad kepada Al Jazeera.

Tuntutan itu menuduh kerajaan AS melanggar peruntukan perlembagaan yang memastikan kesaksamaan di bawah undang-undang.

Nabih berkata, AS mempunyai pengaruh terhadap Israel dan Mesir, dua sekutu yang bersempadan dengan wilayah Palestin dan sepatutnya boleh membantu memudahkan usaha pemindahan.

Ahli Kongres Demokrat, Rashida Tlaib yang mewakili daerah Michigan, turut bercakap tentang penderitaan dihadapi Zakaria dan isterinya semasa taklimat bersama wartawan kelmarin.

“Saya menelefon Zakaria pada pukul 1 pagi untuk memastikan dia boleh sampai ke sempadan Mesir. Mereka menunggu di sana selama enam jam tetapi tiada apa-apa yang boleh dilakukan,” kata Rashida.

Pengarah Eksekutif ACRL, Mariam Charara berkata, kumpulan itu menerima tindak balas daripada pegawai AS tetapi tiada tindakan konkrit dilakukan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending