Connect with us

Antarabangsa

Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam

Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Wartawan TMT

Published

on

Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
  • Jabatan Wakaf Islam berkata polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.

Baitulmaqdis: Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jabatan Wakaf Islam berkata polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.

Terdahulu, pada sebelah pagi, polis Israel bertindak memperketat kemasukan dan hanya membenarkan warga emas masuk ke masjid berkenaan.

Pada masa yang sama, polis membenarkan orang Yahudi memasuki pekarangan masjid untuk menjalankan ritual, tindakan yang jelas melanggar status quo masjid itu.

Sumber: Harian Metro

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending