Terkini
Pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin, PAS minta Anwar dedahkan ugutan diterima
PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan apakah ugutan dan tekanan yang diterima ekoran pendirian Malaysia berhubung isu Palestin.

- PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan apakah ugutan dan tekanan yang diterima ekoran pendirian Malaysia berhubung isu Palestin.
- Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, saranan itu susulan laporan pendedahan Anwar ketika berucap dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, malam tadi.
- “Tidak dijelaskan apakah tekanan dan ugutan itu, apa yang penting jika tekanan itu dalam bentuk ekonomi, ia agak mendukacitakan kerana dalam keadaan Perdana Menteri sebelum ini pernah mengusulkan agar dirujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun kita tidak dengar tentang ugutan ini, tiba-tiba hari ini ada pihak yang berani mengugut Perdana Menteri kita.
- “Jika ugutan itu berbentuk ancaman keselamatan, maka, pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khidmat risikan dan sebagainya perlu tingkatkan keselamatan kepada Perdana Menteri.” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
PETALING JAYA: PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan apakah ugutan dan tekanan yang diterima ekoran pendirian Malaysia berhubung isu Palestin.
Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, saranan itu susulan laporan pendedahan Anwar ketika berucap dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, malam tadi.
“Tidak dijelaskan apakah tekanan dan ugutan itu, apa yang penting jika tekanan itu dalam bentuk ekonomi, ia agak mendukacitakan kerana dalam keadaan Perdana Menteri sebelum ini pernah mengusulkan agar dirujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun kita tidak dengar tentang ugutan ini, tiba-tiba hari ini ada pihak yang berani mengugut Perdana Menteri kita.
“Jika ugutan itu berbentuk ancaman keselamatan, maka, pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khidmat risikan dan sebagainya perlu tingkatkan keselamatan kepada Perdana Menteri.
“Kita tidak mahu Perdana Menteri yang kita sayang ini diugut dan ditekan kerana isu Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Malam tadi, Utusan Online melaporkan, Anwar di hadapan lebih 10,000 orang ramai mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin.
Kata Anwar, beliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping menerima sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata, sekiranya tekanan yang dimaksudkan itu ialah ugutan keselamatan, maka tindakan segera kerajaan khususnya pihak keselamatan sangat dituntut.
“Kita sayang Perdana Menteri kita. Jika tiada tindakan serius untuk menangani isu ugutan ini, seolah-olah pihak keselamatan sendiri tidak percaya tentang adanya ugutan ini,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS