Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu tuduh kumpulan ‘Jihad Islam’ bom hospital di Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan pihaknya terbabit dalam insiden pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arabi.

Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu tuduh kumpulan ‘Jihad Islam’ bom hospital di Gaza
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan pihaknya terbabit dalam insiden pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arabi.
  • Beliau sebaliknya menuduh kumpulan ‘Jihad Islam’ melakukan serangan terbabit.
  • “Seluruh dunia harus tahu: Pengganas biadab di Gaza yang menyerang hospital di Gaza, dan bukan IDF (Pasukan Pertahanan Israel).
  • “Mereka yang membunuh anak kita dengan kejam juga membunuh anak mereka sendiri,” katanya di platform X.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan pihaknya terbabit dalam insiden pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arabi.

Beliau sebaliknya menuduh kumpulan ‘Jihad Islam’ melakukan serangan terbabit.

“Seluruh dunia harus tahu: Pengganas biadab di Gaza yang menyerang hospital di Gaza, dan bukan IDF (Pasukan Pertahanan Israel).

“Mereka yang membunuh anak kita dengan kejam juga membunuh anak mereka sendiri,” katanya di platform X

Beliau mendakwa analisis terhadap sistem operasi IDF menunjukkan bertubi-tubi roket telah dilepaskan oleh Hamas dari Gaza dan melepasi berdekatan dengan hospital Al Ahli Al Arabi.

Netanyahu juga mendakwa perisikan daripada pelbagai sumber yang diperolehi pihaknya menunjukkan bahawa Jihad Islam bertanggungjawab atas kegagalan pelancaran roket yang kemudiannya mengenai hospital di Gaza.

Lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara di pekarangan hospital yang melindungi mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal daripada pengeboman Israel.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas mendakwa Israel dalang serangan ke atas Hospital al-Ahli al-Arabi di tengah Gaza.

Israel sebelum ini telah mengarahkan pengosongan 20 buah hospital termasuk Hospital al-Ahli al-Arabi bagaimanapun pihak kesihatan di Gaza enggan melakukannya.

Sumber: MalaysiaGazette 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending