Connect with us

Terkini

Malaysia, Turkiye sedia kerjasama akhiri penindasan Palestin – PM

Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia, Turkiye sedia kerjasama akhiri penindasan Palestin – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan (kanan).
  • Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan semalam.
  • “Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam.
  • “Malaysia juga tidak berganjak dari pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan semalam.

“Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam.

“Malaysia juga tidak berganjak dari pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, perbincangan beliau dan Erdogan selama hampir dua jam memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut warga Palestin.

Menurut beliau, kedua-dua mereka menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel.

“Babak ini tentunya mengesankan tidak hanya Palestin, tetapi juga rantau timur tengah dan dunia tatkala perkembangan di sana tidak semakin baik malah memburuk dengan tindakan rakus Israel.

Advertisement

“Justeru, aspek keselamatan dan pertahanan turut disentuh dan diberi penekanan dan dibincangkan,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Turkiye, Hakan Fidan dan Pengarah Risikan Kebangsaan Turkiye TYT İbrahim Kalın.

“Kami menyentuh mengenai situasi geopolitik semasa yang dekat dengan kedua-dua negara.

“Kami juga turut berbincang usaha meneroka pelbagai ruang bagi merapatkan kerjasama kedua-dua negara terutamanya di lapangan geopolitik, pertahanan dan keselamatan,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending