Connect with us

Terkini

Konflik Palestin-Israel: DBP tarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt 2023, selaras dengan pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel ketika ini. 

Published

on

Konflik Palestin-Israel: DBP tarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt 2023, selaras dengan pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel ketika ini. 
  • DBP mengeluarkan kenyataan di ibu negara hari ini.
  • Pesta Buku Frankfurt 2023, iaitu acara berkaitan kesusasteraan, buku ilmiah dan penerbitan popular akan berlangsung Rabu hingga Ahad ini.
  • Sebelum ini, penerbit buku bebas Malaysia FIXI yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh pembikin filem Amir Muhammad menggesa penerbit Malaysia menarik diri daripada pesta buku itu kerana pendirian penganjurnya yang menyokong Israel.

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt 2023, selaras dengan pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel ketika ini. 

DBP mengeluarkan kenyataan di ibu negara hari ini.

Pesta Buku Frankfurt 2023, iaitu acara berkaitan kesusasteraan, buku ilmiah dan penerbitan popular akan berlangsung Rabu hingga Ahad ini.

Sebelum ini, penerbit buku bebas Malaysia FIXI yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh pembikin filem Amir Muhammad menggesa penerbit Malaysia menarik diri daripada pesta buku itu kerana pendirian penganjurnya yang menyokong Israel.

Pengarah pesta itu yang dipanggil Frankfurter Buchmesse, Juergen Boos dalam laman sosial rasmi menyebut ‘keganasan’ Hamas terhadap Israel berlawanan dengan nilai yang dipertahan acara itu.

“Frankfurter Buchmesse bersolidariti dengan menyebelahi Israel,” katanya.

Susulan itu, Frankfurter Buchmesse turut membatalkan majlis penganugerahan kepada penulis Palestin, Adania Shibli, 49 yang sepatutnya menerima Anugerah Liberatur yang dianjurkan oleh Litprom, persatuan kesusasteraan Jerman.

Sumber: Berita Harian

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author