Connect with us

Terkini

Kejatuhan harga belian padi urusan KPKM, bukan BERNAS

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) enggan memberi sebarang ulasan mengenai harga padi kerana perkara terbabit adalah urusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Wartawan TMT

Published

on

Kejatuhan harga belian padi urusan KPKM, bukan BERNAS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) enggan memberi sebarang ulasan mengenai harga padi kerana perkara terbabit adalah urusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
  • Jurucakap Bernas menjelaskan, pihaknya tidak boleh mengulas berkenaan harga padi kerana tidak mahu mengganggu urusan kementerian berkenaan.
  • “Encik (wartawan) kena melalui kementerian pertanian untuk sebarang pertanyaan merujuk kepada harga padi. Harga siling padi, subsidi semuanya di bawah kawalan kementerian,” katanya dalam jawapan menerusi WhatsApp ketika dihubungi hari ini berkenaan harga padi.
  • Media hari ini melaporkan golongan pesawah menuntut kerajaan bersikap adil dan bertimbang rasa ke atas mereka dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah serta seimbang kepada semua pihak.

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) enggan memberi sebarang ulasan mengenai harga padi kerana perkara terbabit adalah urusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Jurucakap Bernas menjelaskan, pihaknya tidak boleh mengulas berkenaan harga padi kerana tidak mahu mengganggu urusan kementerian berkenaan.

“Harga padi ini bukan di bawah penguatkuasaan Bernas. Semua ketetapan harga padi tempatan di bawah seliaan dan kawalan kementerian. 

“Kami (Bernas) tidak boleh nak komen apa-apa pasal ini sebab nanti mengganggu urusan kementerian.

“Encik (wartawan) kena melalui kementerian pertanian untuk sebarang pertanyaan merujuk kepada harga padi. Harga siling padi, subsidi semuanya di bawah kawalan kementerian,” katanya dalam jawapan menerusi WhatsApp ketika dihubungi hari ini berkenaan harga padi.

Media hari ini melaporkan golongan pesawah menuntut kerajaan bersikap adil dan bertimbang rasa ke atas mereka dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah serta seimbang kepada semua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petani Mada, Che Ani Mat Zain dilaporkan berkata, pihaknya kecewa atas tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per metrik tan ke harga lantai RM1,200 mulai semalam.

Menurutnya, harga baharu itu adalah lebih rendah berbanding RM1,285 yang diterima pada musim lalu, menyebabkan pesawah berasa tertipu atas pengumuman kenaikan harga padi.

“Kerajaan dan pengilang perlu bersikap adil dan bertimbang rasa kepada petani, kerajaan perlu mengkaji semula bagi menetapkan harga siling beras yang munasabah. Harga padi dan beras perlu diselaraskan dan diseimbang kepada harga yang lebih adil antara petani, pengilang dan pengguna.

“Kerajaan perlu melihat kepentingan dengan adil bagi pengusaha beras tempatan disamping keperluan petani. Contohnya, kerajaan China memberi bantuan insentif kepada petani mereka sebagai galakan ke arah meningkatkan tahap pengeluaran dan industri pada negara itu.

“Sebaliknya, Malaysia kini secara tidak langsung menggalakkan rakyat membeli beras import kerana di pasaran kini, pengguna sukar mendapatkan beras tempatan dan yang ada beras import sahaja. Ini memberi keuntungan kepada pihak tertentu membuktikan kegiatan ini mungkin dikawal kartel,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin golongan pesawah menyuarakan rasa tidak puas hati susulan tindakan pengilang mengumumkan harga belian padi diturunkan kepada RM1,200 mulai hari ini, berbanding RM1,700 yang dinikmati mereka sebelum ini.

Mengulas lanjut Che Ani berkata, pihaknya kecewa apabila kerajaan hanya memberi tumpuan kepada harga beras sahaja.

Katanya, kerajaan tidak langsung menyentuh soal nasib pesawah dan harga padi sedangkan mereka yang terhimpit dengan pelbagai isu padi sejak sekian lama.

“Pengumuman peruntukan RM400 juta subsidi beras import untuk kem tentera, polis, asrama sekolah dan hospital adalah bukan jalan penyelesaian jangka panjang, tetapi hanya langkah sementara dan tidak menyeluruh.

“Kerajaan nampaknya tidak sensitif mengenai isu industri padi yang kini dikuasai kartel di setiap sudut bermula pembajakan, input benih dan baja, tuai padi, kadar potongan berat padi, harga padi dan kadar subsidi sehingga infrastruktur kawasan sawah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending