Terkini
Isu beras tempatan: Sampel beras akan dianalisis MARDI – Timbalan Menteri KPKM
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, semalam, mengetuai Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) di premis pemborong beras di sekitar Selangor.
- Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, semalam, mengetuai Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) di premis pemborong beras di sekitar Selangor.
- “Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa semua premis pemborong beras mempunyai bekalan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI), lesen masih sah tempoh dan simpanan beras tidak melebihi had muatan yang dilesenkan.
- “Kesemua sampel yang diambil adalah mengikut prosedur penguatkuasaan yang ditetapkan dan akan diserahkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk tujuan analisis bagi mengesan pertukaran kampit beras atau aktiviti mencampurkan BPT dan BPI,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, semalam, mengetuai Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) di premis pemborong beras di sekitar Selangor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, operasi itu membabitkan 42 anggota penguat kuasa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meliputi pengambilan sampel beras dan pengiraan stok fizikal beras dalam simpanan gudang.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa semua premis pemborong beras mempunyai bekalan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI), lesen masih sah tempoh dan simpanan beras tidak melebihi had muatan yang dilesenkan.
“Kesemua sampel yang diambil adalah mengikut prosedur penguatkuasaan yang ditetapkan dan akan diserahkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk tujuan analisis bagi mengesan pertukaran kampit beras atau aktiviti mencampurkan BPT dan BPI,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Katanya, operasi itu membabitkan kerjasama penguat kuasa rentas agensi antaranya Penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB); KPKM; Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); PDRM dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
“KPKM akan meneruskan kerjasama penguatkuasaan rentas kementerian dan agensi melalui Operasi Bersepadu BPT dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampur BPT dan BPI atau menyembunyikan bekalan BPT,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya