Connect with us

Terkini

Israel tolak gencatan senjata di Gaza

Israel menegaskan tidak akan ada gencatan senjata dilakukan di Semenanjung Gaza biarpun Amerika Syarikat (AS) dan Qatar berusaha membebaskan lebih 200 tebusan yang ditahan oleh Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Israel tolak gencatan senjata di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel menegaskan tidak akan ada gencatan senjata dilakukan di Semenanjung Gaza biarpun Amerika Syarikat (AS) dan Qatar berusaha membebaskan lebih 200 tebusan yang ditahan oleh Hamas.
  • Seorang pegawai kanan Israel memberitahu CNN, pihaknya ‘tidak menyedari’ gesaan AS yang meminta tentera Israel melambatkan operasi serangan darat di Gaza.
  • “Kami tidak pasti mengenai hal itu (desakan AS), kami hanya mahu semua tebusan dibebaskan dengan selamat dan segera,” katanya.

BAITULMUQADDIS: Israel menegaskan tidak akan ada gencatan senjata dilakukan di Semenanjung Gaza biarpun Amerika Syarikat (AS) dan Qatar berusaha membebaskan lebih 200 tebusan yang ditahan oleh Hamas.

Seorang pegawai kanan Israel memberitahu CNN, pihaknya ‘tidak menyedari’ gesaan AS yang meminta tentera Israel melambatkan operasi serangan darat di Gaza.

“Kami tidak pasti mengenai hal itu (desakan AS), kami hanya mahu semua tebusan dibebaskan dengan selamat dan segera,” katanya.

Namun, pegawai itu memaklumkan, sebarang serangan yang dilakukan terhadap Hamas tidak boleh menjejaskan bantuan kemanusiaan yang disalurkan ke Gaza.

Dalam pada itu, pejuang Hamas dan anggota tentera Isarel bertempur di Gaza.

Pertempuran itu menyaksikan Hamas memusnahkan dua jentolak milik Israel dan sebuah kereta kebal dalam serangan hendap.

Keadaan itu menyebabkan tentera Zionis terpaksa berundur semula ke Israel tanpa kenderaan mereka.

Namun, Israel menafikan perkara tersebut dan memaklumkan, hanya tembakan dilepaskan terhadap pasukan tentera mereka.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending