Connect with us

Antarabangsa

Israel suruh PBB minta minyak daripada Hamas

Tentera Israel menyuruh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bekalan minyak daripada Hamas untuk kegunaan menjana kuasa di hospital.

Wartawan TMT

Published

on

Israel suruh PBB minta minyak daripada Hamas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel menyuruh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bekalan minyak daripada Hamas untuk kegunaan menjana kuasa di hospital.
  • Saranan itu dibuat selepas Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata ia mungkin terpaksa menghentikan operasinya hari ini (semalam) sekiranya tidak mendapat bekalan minyak.
  • Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pejuang Hamas memiliki stok lebih 500,000 liter minyak dalam tangki di Gaza dan berkata kepada UNRWA: “Tanya Hamas jika anda boleh mendapatkannya”.

NEW YORK: Tentera Israel menyuruh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bekalan minyak daripada Hamas untuk kegunaan menjana kuasa di hospital.

Saranan itu dibuat selepas Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata ia mungkin terpaksa menghentikan operasinya hari ini (semalam) sekiranya tidak mendapat bekalan minyak.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pejuang Hamas memiliki stok lebih 500,000 liter minyak dalam tangki di Gaza dan berkata kepada UNRWA: “Tanya Hamas jika anda boleh mendapatkannya”.

Rafah adalah lintasan utama keluar masuk Gaza yang tidak bersempadan dengan Israel, sekali gus yang menjadi tumpuan usaha untuk menyampaikan bantuan sejak Israel melakukan ‘kepungan menyeluruh’ ke atas kawasan itu sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Amerika Syarikat (AS) kini mengetuai rundingan dengan Israel, Mesir dan PBB untuk cuba mewujudkan mekanisme penyampaian yang berterusan bagi bantuan kepada Gaza di mana terdapat pertelagahan mengenai prosedur untuk memeriksa bantuan di sebelah sempadan Gaza.

Walaupun terdapat beberapa penghantaran makanan, air dan ubat-ubatan yang terhad sejak Sabtu lalu, bahan api masih tidak dibenarkan masuk.

Israel bimbang kemungkinan penghantaran bahan api akan dirampas untuk kegunaan Hamas dan jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, John Kirby, menyifatkan kebimbangan Israel itu ada asasnya.

Advertisement

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, menuduh Hamas mencuri petrol daripada UNRWA dan berkata, petrol tidak akan memasuki Gaza kerana Hamas mengambilnya untuk infrastruktur ketenteraannya.

“Kami masih percaya, secara amnya, bahan api itu perlu dibawa masuk dan disalurkan kepada penduduk Gaza,” katanya.

Pegawai kanan bantuan PBB, Lynn Hastings memberitahu Majlis Keselamatan (UNSC) bahawa PBB mempunyai trak berisi 400,000 liter di Mesir sedia untuk digunakan dan ia akan menyediakan bahan api untuk sekitar tiga hari.

Katanya, ketiadaan bahan api bermakna tiada hospital berfungsi, tiada penyulingan air laut sebagai minuman dan tiada pembuatan roti.

“Ramai orang kini terpaksa meminum air bawah tanah yang masin, meningkatkan risiko cirit-birit, taun dan masalah kesihatan lain.

“Kami menggesa Israel untuk mengembalikan bekalan air dan elektrik ke tahap sebelum konflik serta bekerjasama dengan kami untuk mencari cara selamat membawa bahan api ke Gaza,” katanya.

Advertisement

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, selain hospital yang terpaksa ditutup akibat kerosakan dan serangan, enam hospital di seluruh Semenanjung Gaza juga berisiko ditutup kerana kekurangan bahan api.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending