Connect with us

Terkini

Israel gila, hilang perikemanusiaan bom hospital di Gaza – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Israel sebagai gila dan hilang perikemanusiaan apabila mengebom hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa.

Wartawan TMT

Published

on

 Israel gila, hilang perikemanusiaan bom hospital di Gaza - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri).
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Israel sebagai gila dan hilang perikemanusiaan apabila mengebom hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa.
  • Perdana Menteri turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap negara Barat yang berat sebelah dalam hal ini. 
  • “Ini masa untuk kita redakan keadaan dan hentikan, kalau teruskan ini, mangsanya wanita, anak-anak, pesakit ini sudah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan.
  • “Dan yang paling dikesalkan ialah negara Barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori, ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba dan ini kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya. 
  • Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmikan Simposiun Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia di sini, hari ini. 

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Israel sebagai gila dan hilang perikemanusiaan apabila mengebom hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa.

Perdana Menteri turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap negara Barat yang berat sebelah dalam hal ini. 

“Perkembangan terakhir terkini mengenai serangan Israel itu agak keterlaluan, saya juga turut mengulangi beberapa kenyataan yang telah dibuat mendukung beberapa kenyataan sesetengah pimpinan negara luar yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital Gaza. 

“Apa pun yang dituduh siapa pun maknanya ini kesan dari serangan dan perang, sebab itu kita katakan sebaiknya hentikan. 

“Ini masa untuk kita redakan keadaan dan hentikan, kalau teruskan ini, mangsanya wanita, anak-anak, pesakit ini sudah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan.

“Dan yang paling dikesalkan ialah negara Barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori, ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba dan ini kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmikan Simposiun Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia di sini, hari ini. 

Menurut laporan saluran televisyen Al Jazeera hari ini, sebuah hospital di tengah Gaza yang sarat dengan pesakit dan pelarian Palestin dibom tentera Zionis, menyebabkan lebih 500 orang terbunuh. 

Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah tertinggi membabitkan serangan tentera Israel dalam masa sehari sejak 2008.

Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau akan ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asean, dengan mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

“Selepas GCC, Perdana Menteri, Putera Mahkota Mohammed bin Salman meminta saya hadir untuk lawatan sehari untuk berbincang. 

“Saya akan fikirkan keperluan untuk berbincang dengan beberapa kepimpinan sama ada saya perlu jelajah ke beberapa negeri atau melalui telefon saja,” katanya. 

Ditanya mengenai status pasukan pengaman Malaysia di Lubnan, Anwar berkata, keputusan untuk mengekalkan pasukan pengaman itu adalah keputusan bersama dibuat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

“Kalau keadaan keselamatan itu dapat terjamin kita akan teruskan kalau tidak kita akan bawa pulang,” katanya. 

Sumber : Harian Metro

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending