Connect with us

Terkini

Harga padi menurun, pesawah desak kerajaan lebih adil 

Golongan pesawah menuntut kerajaan bersikap adil dan bersikap bertimbang rasa ke atas mereka dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah serta seimbang kepada semua pihak.

Wartawan TMT

Published

on

Harga padi menurun, pesawah desak kerajaan lebih adil 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Golongan pesawah menuntut kerajaan bersikap adil dan bersikap bertimbang rasa ke atas mereka dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah serta seimbang kepada semua pihak.
  • Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain, berkata pihaknya kecewa atas tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per tan kepada harga lantai RM1,200 mulai hari ini.
  • Harga baharu itu adalah lebih rendah berbanding RM1,285 yang diterima pada musim lalu, menyebabkan pesawah berasa tertipu atas pengumuman kenaikan harga padi.

ALOR SETAR: Golongan pesawah menuntut kerajaan bersikap adil dan bersikap bertimbang rasa ke atas mereka dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah serta seimbang kepada semua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain, berkata pihaknya kecewa atas tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per tan kepada harga lantai RM1,200 mulai hari ini.

Jelasnya, harga baharu itu adalah lebih rendah berbanding RM1,285 yang diterima pada musim lalu, menyebabkan pesawah berasa tertipu atas pengumuman kenaikan harga padi.

“Kerajaan dan pengilang perlu bersikap adil dan bertimbang rasa kepada petani, kerajaan perlu mengkaji semula bagi menetapkan harga siling beras yang munasabah. Harga padi dan beras perlu diselaraskan dan diseimbang kepada harga yang lebih adil antara petani-pengilang-pengguna.

“Kerajaan perlu melihat kepentingan dengan adil bagi pengusaha beras tempatan disamping keperluan petani. Contohnya, kerajaan China memberi bantuan insentif kepada petani mereka sebagai galakan ke arah meningkatkan tahap pengeluaran dan industri pada negara itu. 

“Sebaliknya, Malaysia kini secara tidak langsung menggalakkan rakyat membeli beras import kerana di pasaran kini, pengguna sukar mendapatkan beras tempatan dan yang ada beras import sahaja. Ini memberi keuntungan kepada pihak tertentu membuktikan kegiatan ini mungkin dikawal kartel,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, golongan pesawah menyuarakan rasa tidak puas hati susulan tindakan pengilang mengumumkan harga belian padi diturunkan kepada RM1,200 mulai hari ini, berbanding RM1,700 yang dinikmati mereka sebelum ini.

Mengulas lanjut Che Ani berkata, pihaknya turut kecewa apabila kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, hanya memberi tumpuan kepada harga beras sahaja.

Katanya, kerajaan tidak langsung menyentuh soal nasib pesawah dan harga padi sedangkan mereka yang terhimpit dengan pelbagai isu padi sejak sekian lama.

“Pengumuman peruntukan RM400 juta subsidi beras import untuk kem tentera, polis, asrama sekolah dan hospital adalah bukan jalan penyelesaian jangka panjang, tetapi hanya langkah sementara dan tidak menyeluruh.

“Kerajaan nampaknya tidak sensitif mengenai isu industri padi yang kini rakyat mengetahui dikuasai kartel di setiap sudut bermula pembajakan, input benih dan baja, tuai padi, kadar potongan berat padi, harga padi dan kadar subsidi sehingga infrastruktur kawasan sawah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending