Connect with us

Terkini

Harga lantai baharu padi masih rendah

Harga baharu belian padi RM1,300 satu tan berbanding RM1,200 sebelum ini belum cukup menggembirakan pesawah kerana mendakwa ia masih belum dapat menampung kos input yang semakin meningkat.

Wartawan TMT

Published

on

Harga lantai baharu padi masih rendah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Harga baharu belian padi RM1,300 satu tan berbanding RM1,200 sebelum ini belum cukup menggembirakan pesawah kerana mendakwa ia masih belum dapat menampung kos input yang semakin meningkat.
  • Pesawah di Sungai Manik di sini berkata, mereka menjangkakan kenaikan harga lantai belian padi yang lebih tinggi untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka.
  • Kata mereka, walaupun berlaku kenaikan yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, ia belum cukup untuk melegakan pesawah.
  • “Jika keadaan ini berterusan, mungkin semakin ramai pesawah yang memilih menukar tanah sawah kepada tanaman kontan yang lebih menguntungkan, jika berlaku, ini akan mengurangkan keluasan tanah sawah seterusnya menjejaskan keluaran padi negara,” kata pesawah, Masrol Kudis.

PASIR SALAK: Harga baharu belian padi RM1,300 satu tan berbanding RM1,200 sebelum ini belum cukup menggembirakan pesawah kerana mendakwa ia masih belum dapat menampung kos input yang semakin meningkat.

Pesawah di Sungai Manik di sini berkata, mereka menjangkakan kenaikan harga lantai belian padi yang lebih tinggi untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Kata mereka, walaupun berlaku kenaikan yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, ia belum cukup untuk melegakan pesawah.

Ketua unit pesawah Blok D di Sungai Manik, Helme Iskandar Muhamad berkata, di unitnya terdapat 68 pesawah yang rata-rata merasakan harga baharu padi yang diumumkan kerajaan tidak mencukupi untuk mereka meraih pulangan yang setimpal sawah yang mereka usahakan.

Menurutnya, ini berikutan kos sawah meningkat seperti kenaikan harga benih padi, baja dan racun dan kos upah.

“Harga baharu padi yang diumumkan iaitu naik daripada RM1,200 kepada RM1,300 memang tidak cukup buat kami sebab kos sawah sudah meningkat.

“Daripada upah mesin padi, merata tanah, membajak sawah, membaja dan meracun, semuanya mahal.

“Harga beras mahal tetapi kenapa harga padi masih rendah. Kenaikan harga padi yang diumumkan kerajaan tidak memberi kesan yang besar terhadap pendapatan kami, sepatutnya kenaikan lebih tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pesawah, Masrol Kudis berkata, mereka mengharapkan kenaikan harga padi yang lebih tinggi diumumkan namun agak kecewa apabila harga baharu padi yang diumumkan masih rendah.

Katanya, kenaikan itu masih tidak mampu memberikan hasil yang lebih memuaskan kepada pesawah jika ditolak kos membuat sawah.

“Kami harap kerajaan sedia mengkaji lagi harga beras supaya ditambah lagi ke paras yang berbaloi untuk pesawah dapat disebabkan kos mengusahakan sawah sudah meningkat.

“Jika keadaan ini berterusan, mungkin semakin ramai pesawah yang memilih menukar tanah sawah kepada tanaman kontan yang lebih menguntungkan, jika berlaku, ini akan mengurangkan keluasan tanah sawah seterusnya menjejaskan keluaran padi negara,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending