Connect with us

Antarabangsa

Florida bakal kuatkuasakan hukuman mati bagi perogol kanak-kanak

Undang-undang baharu bakal diperkenalkan supaya hukuman mati dapat dijatuhkan kepada perogol yang merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

Florida bakal kuatkuasakan hukuman mati bagi perogol kanak-kanak
Foto: Gabenor, Ron DeSantis (kiri).
  • Undang-undang baharu bakal diperkenalkan supaya hukuman mati dapat dijatuhkan kepada perogol yang merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun.
  • Langkah kontroversi itu berkemungkinan mengundang cabaran undang-undang memandangkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan Mahkamah Agung Florida sebelum ini melarang hukuman mati bagi perogol.
  • Gabenor, Ron DeSantis semasa menandatangani rang undang-undang itu pada 1 Mei lalu di Brevard County berkata, langkah itu bertujuan “melindungi kanak-kanak”.
  • “(Kesalahan) Ini merupakan yang paling teruk di antara yang paling teruk. Pesalah jenayah ini selalunya merupakan pesalah bersiri,” kata DeSantis.
  • Rang undang-undang itu diluluskan dengan undian 34-5 di Dewan Senat dan 95-14 di Dewan Perwakilan.

Undang-undang baharu bakal diperkenalkan supaya hukuman mati dapat dijatuhkan kepada perogol yang merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

CBS News melaporkan langkah kontroversi itu berkemungkinan mengundang cabaran undang-undang memandangkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan Mahkamah Agung Florida sebelum ini melarang hukuman mati bagi perogol.

Gabenor, Ron DeSantis semasa menandatangani rang undang-undang itu pada 1 Mei lalu di Brevard County berkata, langkah itu bertujuan “melindungi kanak-kanak”.

“Malangnya, dalam masyarakat kita, kita mempunyai (persekitaran) jenayah seks yang sangat keji, dilakukan terhadap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. 

“(Kesalahan) Ini merupakan yang paling teruk di antara yang paling teruk. Pesalah jenayah ini selalunya merupakan pesalah bersiri,” kata DeSantis.

Hakim mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada defendan. 

Jika kurang lapan juri mengesyorkan hukuman mati, maka hakim perlu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Rang undang-undang itu akan berkuatkuasa pada fasa dikenali sebagai fasa hukuman kes dan juri perlu sebulat suara mendapati defendan bersalah atas jenayah tersebut sebelum fasa hukuman bermula.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan undian 34-5 di Dewan Senat dan undian 95-14 di Dewan Perwakilan.

Sumber: CBS Miami

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending