Connect with us

Terkini

Boikot syarikat, produk sumbang kepada Israel – Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru orang ramai memboikot syarikat serta produk yang menyumbang kepada Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Boikot syarikat, produk sumbang kepada Israel – Mufti Pulau Pinang
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru orang ramai memboikot syarikat serta produk yang menyumbang kepada Israel.
  • Jelas beliau, tindakan memulau syarikat serta produk khususnya dari Amerika Syarikat perlu dilakukan susulan mereka telah menderma ribuan makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Gaza.
  • “Amerika Syarikat perlu ‘disedarkan’ supaya menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkannya selama ini.
  • “Kuasa besar dunia itu menyokong Republik Ukrain menentang Rusia, sedangkan di Palestin mereka menyebelahi Israel dan membantunya menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka yang dirampas rejim itu sejak 1948,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru orang ramai memboikot syarikat serta produk yang menyumbang kepada Israel.

Jelas beliau, tindakan memulau syarikat serta produk khususnya dari Amerika Syarikat perlu dilakukan susulan mereka telah menderma ribuan makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Gaza.

“Amerika Syarikat perlu ‘disedarkan’ supaya menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkannya selama ini.

“Kuasa besar dunia itu menyokong Republik Ukrain menentang Rusia, sedangkan di Palestin mereka menyebelahi Israel dan membantunya menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka yang dirampas rejim itu sejak 1948,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dalam perkembangan sama, Wan Salim berkata, umat Islam seluruh dunia wajib membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang bagi mempertahankan diri dan tanahair.

“Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia sama yang beragama Islam dan bukan Islam menunaikan tanggungjawab kemanusiaan mereka dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza khususnya untuk meringankan penderitaan mereka akibat serangan dari Israel.

“Ini susulan media melaporkan tentera penjajah Zionis menyasarkan kemudahan-kemudahan awam di Senenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 1,900 rakyat Palestin di Gaza maut akibat serangan tentera Israel.

Daripada jumlah itu, seramai lebih 614 kanak-kanak terkorban.

Serangan pelbagai jenis bom berangkai dan roket turut mengakibatkan 7,696 penduduk Palestin cedera. 

Sumber: MalaysiaGazette 

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending