Connect with us

Terkini

ATM sedia dihantar ke Palestin jika Kementerian Luar buat keputusan

Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah bersiap siaga untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Palestin jika Kementerian Luar membuat keputusan mengenai perkara itu.

Wartawan TMT

Published

on

ATM sedia dihantar ke Palestin jika Kementerian Luar buat keputusan
Foto: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah bersiap siaga untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Palestin jika Kementerian Luar membuat keputusan mengenai perkara itu.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga termasuk pasukan pengaman Malaysia Battalion (MALBATT) yang sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) jika diperlukan segera antaranya bagi tujuan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan.
  • Setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin.
  • “Keputusan menghantar tentera pengaman secara sepihak (uniteral) ke sesuatu kawasan bergolak bukan keputusan mudah dan memerlukan penilaian pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar, pandangan negara bergolak atau kritikal dan paling utama perlu mendapat mandat jelas daripada PBB,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah bersiap siaga untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Palestin jika Kementerian Luar membuat keputusan mengenai perkara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga termasuk pasukan pengaman Malaysia Battalion (MALBATT) yang sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) jika diperlukan segera antaranya bagi tujuan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin.

“Perkara berhubung perkembangan terkini Palestin sudah dijelaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika sesi penerangan pada 16 Oktober lalu.

“Keputusan menghantar tentera pengaman secara sepihak (uniteral) ke sesuatu kawasan bergolak bukan keputusan mudah dan memerlukan penilaian pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar, pandangan negara bergolak atau kritikal dan paling utama perlu mendapat mandat jelas daripada PBB,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad berkata, ketika ini, MINDEF mengikuti perkembangan Palestin secara dekat, selain Malaysia komited memberi sokongan terhadap usaha mencapai keamanan sejagat di bawah panji PBB.

“Sehubungan itu, MINDEF akan memberi kerjasama kepada Kementerian Luar jika diperlukan bagi membantu urusan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan, selain memantau tahap keselamatan anggota MALBATT di selatan Lubnan,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, katanya, sejak 1960, ATM terbabit dalam 37 misi sama ada sebagai tentera pengaman atau tentera pemerhati seperti misi pengaman di Congo, Namibia, Somalia, Kemboja dan Bosnia Herzegovina, Timor Timur dan terbaru di selatan Lubnan.

“Sehingga kini ATM masih terbabit dalam lima misi antarabangsa di bawah Misi PBB, iaitu satu Misi Pengaman Lubnan mulai 2007 dan empat misi pemerhati Peluru Berpandu Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Republik Demokratik Congo (United Nation Organization Stabilization Missil DR Congo) sejak 2000.

“Tiga lagi pembabitan anggota ialah menerusi misi Sahara Barat (MINURSO) sejak 1991, United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abye sejak 2006 dan Yaman sejak 2021,” katanya.

Mengulas saranan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) untuk menyuarakan cadangan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mohamad berkata, Malaysia tertakluk kepada PBB.

“Tentera pengaman perlu melalui PBB dan kita (MINDEF) perlu tunggu Kementerian Luar, kita akan ke sana jika ada keputusan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending