Connect with us

Terkini

(VIDEO) 75 tahun Palestin dijajah rejim zionis Israel, lagi tua dari umur saya tapi konflik tidak selesai

Majoriti pelajar universiti kesal dengan penindasan berterusan dilakukan zionis Israel terhadap penduduk Palestin sejak 75 tahun lalu dan mereka menuntut kebebasan sepenuhnya diberikan kepada bumi anbiya itu.

Hidayah Sani

Published

on

75 tahun Palestin dijajah rejim zionis Israel, lagi tua dari umur saya tapi konflik tidak selesai
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majoriti pelajar universiti kesal dengan penindasan berterusan dilakukan zionis Israel terhadap penduduk Palestin sejak 75 tahun lalu dan mereka menuntut kebebasan sepenuhnya diberikan kepada bumi anbiya itu.
  • Tinjauan The Merdeka Times di empat universiti di sekitar Kuantan, Pahang mendapati pelajar melihat penindasan itu umpama memijak maruah agama Islam dengan membunuh saudara seIslam serta tidak berperikemanusiaan.
  • Majoriti pelajar itu berharap remaja hari ini lebih cakna dalam isu semasa Palestin dan mengetahui lebih dalam tentang motif sebenar penduduk negara tersebut mempertahankan tanah Islam terbabit. 
  • “Saya baru 22 tahun and then peperangan ini 75 tahun, lagi tua daripada umur saya so macam benda ni tak boleh nak settle lagi. Ia sangat, is very disappointing for me to see,” kata pelajar di Fakulti Kejuruteraan Awam UMPSA, Alvian Jorgen yang beragama Kristian.
  • “Tetapi akhirnya (penduduk Palestin) dihalau dan ada video yang viral kalau ada (orang) Arab  tu, ada jiran, bunuh mereka, tembak mereka, ingat binatang ke kan? So ini sebenarnya kita boleh nampak siapa sebenarnya yang mangsa dan siapa yang cuba untuk menyamar jadi mangsa,” kata pelajar Bachelor in Nursing di UIAM, Amatullah Fatimah Mohd Ezani, 22, ketika ditemui The Merdeka Times pada Ahad.
  • Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,300 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala lebih 2,600 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

KUANTAN — Majoriti pelajar universiti kesal dengan penindasan berterusan dilakukan zionis Israel terhadap penduduk Palestin sejak 75 tahun lalu dan mereka menuntut kebebasan sepenuhnya diberikan kepada bumi anbiya itu.

Tinjauan The Merdeka Times di empat universiti di sekitar Kuantan, Pahang mendapati pelajar melihat penindasan itu umpama memijak maruah agama Islam dengan membunuh saudara seIslam serta tidak berperikemanusiaan.

Majoriti mereka berharap remaja hari ini lebih cakna dalam isu semasa Palestin dan mengetahui lebih dalam tentang motif sebenar penduduk Palestin mempertahankan tanah Islam terbabit. 

Mahasiswa Diploma Pengkhususan Syariah dan Undang-undang, daripada UnIPSAS, Rabi’atul Adawiyah Joseph@Rosle berkata beliau begitu marah dengan tindakan zionis Israel yang mahukan tanah milik Palestin sedangkan ia bukan miliknya.

“Palestin ini kita mesti pertahankan sebab salah satunya adalah ia tanah orang Islam yang mana berlaku Israk Mikraj di situ dan Islam semua di situ jadi kita mesti mempertahankan Masjid Al-Aqsa kerana ia kiblat pertama orang Islam.

“Kalau dibagi peluang saya mahu ke Gaza untuk selamatkan, bersama-sama berjihad mempertahankan tanah Islam itu sebab saya pasti kematian itu pasti dan saya sebagai pejuang sebagai orang yang berjihad di jalan Allah itu, Allah telah janjikan syurga untuknya. 

“Jadi dalam hati saya ni, sikit pun saya tidak takut pada orang-orang Yahudi. Bahkan saya akan mempertahankan lagi agama Islam pada saat ini,” kata Rabi’atul, 20, yang berasal dari Sabah ketika ditemui The Merdeka Times pada Sabtu.

Foto: Rabi’atul Adawiyah.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Sunnah, di UnIPSAS Muhammad Faiq Fauzi, 20, berkata peperangan di antara Palestin-Israel ketika ini adalah satu penindasan kelompok kafir iaitu Yahudi.

Katanya, kelompok itu sememangnya membencikan umat Islam bahkan mereka sejak kecil diterapkan Islamofobia dan didoktorinkan bahawa mereka harus membunuh orang Palestin. 

“Kita sebagai orang Islam memang kita kesal sebab dia (Israel) telah memijak maruah agama kita, telah membunuh saudara-mara kita. 

“Saya menuntut walaupun rumah kita tak kena bom (macam Palestin lalui), kita kena anggap bahawa ia adalah hak milik kita, tanah Palestin itu,” katanya.

Foto: Muhammad Faiq.

Kekesalan itu turut diluahkan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Awam UMPSA, Alvian Jorgen yang beragama Kristian dengan berpendirian penindasan tersebut lebih kepada isu kemanusiaan kerana ia menjejaskan semua umat manusia di Palestin.

“Tak cepat, tak lambat tapi mesti diselesaikan juga sebab apa yang berlaku dekat sana sekarang bukan hanya menjejaskan golongan Muslim, tapi umat lain, bangsa-bangsa lain yang ada dekat sana so kalau boleh settle lah cepat-cepat.

“Saya baru 22 tahun and then peperangan ini 75 tahun, lagi tua daripada umur saya so macam benda ni tak boleh nak settle lagi. Ia sangat, is very disappointing for me to see,” katanya pelajar berasal dari Sarawak itu.

Foto: Alvian Jorgen.

Senada dengan Alvian, pelajar Bachelor in Nursing di UIAM, Amatullah Fatimah Mohd Ezani, 22, berkata untuk melindungi Palestin tidak memerlukan seseorang itu menjadi Muslim, sebaliknya individu itu hanya perlu menjadi manusia kerana konflik tersebut melibatkan isu kemanusiaan.

Katanya, sebagai orang waras sudah semestinya kita dapat melihat siapa sebetulnya mangsa dan bersalah dalam konflik itu.

“Semestinya sekarang mangsa sebenarnya yang kita semua tahu adalah Palestin… Anak-anak muda, bayi yang tak bersalah, ibu-ibu, keluarga, mereka manusia biasa (orang awam) tahu? 

“Mereka semua nak hidup, mereka nak hidup di tanah sendiri, tanah asal-usul mereka dan Israel ini mereka datang mengaku kononnya itu adalah tanah mereka — Kalau kita fikir secara logik pun, kenapa nak dihalau? (penduduk Palestin) sedangkan dahulu mereka (Israel) datang, Palestin yang beri mereka masuk dan menumpangkan mereka di situ.

“Tetapi akhirnya (penduduk Palestin) dihalau dan ada video yang viral kalau ada (orang) Arab itu, ada jiran, bunuh mereka, tembak mereka, ingat binatang ke kan? So ini sebenarnya kita boleh nampak siapa sebenarnya yang mangsa dan siapa yang cuba untuk menyamar jadi mangsa,” katanya pada Ahad.

Foto: Amatullah Fatimah (tengah) dan Alea Shameem (kanan).

Rakan Amatullah, pelajar bernama Alea Shameem Borhan, 22, berkata perbuatan zionis Israel menyerang paramedik dan ambulan yang sedang membawa pesakit Palestin adalah tindakan tidak berperikmanusiaan.

“Harapan saya semoga peperangan ini cepat berakhir sebab saya dah tak sanggup nak tengok walaupun saya tiada relationship yang kuat pun dengan mereka, saya jadi sangat sedih untuk tengok perkara ini berterusan sebab kita sebagai manusia walaupun bukan Muslim, kita ada rasa simpati atau empati itu,” katanya.

Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar di UiTM, Cawangan Pahang kampus Jengka, Ahmad Rafiq mengharapkan rakyat di Gaza terus bersemangat dan tidak berputus asa serta sentiasa mengingati bahawa Allah SWT bersama umat Islam.

“Ia merupakan satu kepentingan bagi kita untuk mengambil berat (tentang Palestin) kerana sekarang ini umat Islam yang sedang diserang oleh pihak Israel laknatullah. 

“Saya rasa usaha yang paling senang (pelajar dapat lakukan) ialah kita membuat satu kutipan dana daripada para pelajar sendiri kerana setakat ini tidak semua orang membuat  bayaran (derma) contohnya di Instagram ada posting tentang derma. 

“Saya rasa kalau kita sediakan satu dana khas, contohnya daripada satu kelab yang akan kutip dana daripada semua para pelajar, ia akan lebih efektif lah untuk membantu para pejuang di Gaza,” katanya di sini pada Jumaat.

Foto: Ahmad Rafiq.

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,300 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala lebih 2,600 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak tarikh sama.

Gaza kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.

Setakat berita ini ditulis, pintu sempadan Rafah masih belum dibuka dan Gaza terus berdepan krisis kemanusian dan serangan udara rejim zionis dengan tiada lagi tempat selamat untuk rakyat Palestin. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending