Connect with us

Terkini

Wakil rakyat PKR gesa PM beri penjelasan isu DNAA Zahid Hamidi

Seorang penyokong kerajaan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Wartawan TMT

Published

on

Wakil rakyat PKR gesa PM beri penjelasan isu DNAA Zahid Hamidi
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Seorang penyokong kerajaan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.
  • Gesaan dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan langkah itu penting membolehkan ahli Parlimen pembangkang mendapat penjelasan sebenar.
  • Katanya, lebih baik Perdana Menteri menjelaskan sendiri isu berkaitan Presiden UMNO berbanding kenyataan dilaporkan di media.
  • “Namun untuk berlaku adil supaya sahabat di blok pembangkang jelas (perkara ini), kami hendak dengar sendiri dari Perdana Menteri supaya isu DNAA dinoktah di dewan ini,” katanya.
  • Hassan, bekas Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata, beliau kurang berpuas hati dan mahu Peguam Negara memikul tanggungjawab isu berkenaan.

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyifatkan langkah itu penting bagi membolehkan ahli Parlimen pembangkang mendapat penjelasan sebenar.

Katanya, adalah lebih baik Perdana Menteri menjelaskan sendiri isu berkaitan Presiden UMNO itu berbanding kenyataan yang dilaporkan di media.

“Apa yang dilaporkan dalam akhbar (media massa) itu adalah dengar cakap, namun saya percaya apa yang beliau cakap kerana ia perbualan antara sahabat dalam parti, perbualan antara pemimpin dengan ahli parti.

“‘I will not throw my leader under the bus’ (Saya tidak akan membelakangi pemimpin parti saya). Saya akan pertahankan di dalam dewan ini.

“Namun untuk berlaku adil supaya sahabat di blok pembangkang jelas (perkara ini), kami hendak dengar sendiri dari Perdana Menteri supaya isu DNAA dinoktah di dewan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata, beliau kurang berpuas hati dan mahu Peguam Negara memikul tanggungjawab dalam isu berkenaan.

Katanya, beliau setuju supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi memanggil Peguam Negara yang lalu dan kini untuk menjawab isu berkenaan.

“Peguam Negara mesti datang untuk menjawab, dan jangan beri alasan untuk tidak datang… ini kerana jawatankuasa dan Parlimen ada integriti,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus mempertahankan Perdana Menteri dalam isu berkenaan dan percaya tidak ada campur tangan dalam isu berkenaan.

“Ketika keputusan mahkamah itu dibuat, Perdana Menteri di Jakarta kerana menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan saya baca laporan menyatakan yang beliau menjelaskan beliau tidak campur tangan itu kerana ia atas kuasa budi bicara Peguam Negara

“Apabila Perdana Menteri balik ke Malaysia, beliau juga tegaskan perkara itu (keputusan DNAA) adalah budi bicara Peguam Negara dan tidak boleh campur tangan kerana ia kuasa budi bicara Peguam Negara,” katanya.

Beliau menjelaskan isu DNAA itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri secara peribadi dan dengan tegas Perdana Menteri menyatakan tidak campur tangan bukan saja keputusan mahkamah itu tetapi juga kuasa Peguam Negara dan setuju badan kehakiman perlu bebas membuat keputusannya sendiri.

“Malah apabila (Ahli Parlimen) Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan (Ahli Parlimen) Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan) dituduh di mahkamah, saya ada nyatakan secara terus kepada Perdana Menteri jangan aniaya saingan politik.

“Saya nyatakan tidak setuju perkara itu dan Perdana Menteri menyatakan beliau setuju dan tidak campur tangan tetapi beliau dimaklumkan agensi penguat kuasa mempunyai bukti dan kuat dan (kes) diteruskan dan beliau tidak mengganggu atau campur tangan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending