Terkini
UTP kekal universiti swasta nombor satu Malaysia dalam ranking universiti dunia THE 2024
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekali lagi mencipta kejayaan di pentas global dengan mencapai tahap baharu dalam Ranking Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2024, iaitu melonjak kepada kelompok 301-350 berbanding kedudukan 401-500 sebelum ini.

- Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekali lagi mencipta kejayaan di pentas global dengan mencapai tahap baharu dalam Ranking Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2024, iaitu melonjak kepada kelompok 301-350 berbanding kedudukan 401-500 sebelum ini.
- “Pencapaian itu bukti kepada dedikasi kami yang tidak berbelah bagi demi kecemerlangan akademik, perintis penyelidikan dan meningkatkan pengalaman pelajar secara keseluruhan.”- Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekali lagi mencipta kejayaan di pentas global dengan mencapai tahap baharu dalam Ranking Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2024, iaitu melonjak kepada kelompok 301-350 berbanding kedudukan 401-500 sebelum ini.
Dengan kejayaan itu, UTP telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara ini.
Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam kenyataan hari ini melahirkan rasa bangga dengan peningkatan ketara universiti itu dalam ranking berkenaan.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Petronas, rakan akademik dan industri universiti itu, serta kakitangan dan pelajar atas sokongan, dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bagi.
“Pencapaian itu bukti kepada dedikasi kami yang tidak berbelah bagi demi kecemerlangan akademik, perintis penyelidikan dan meningkatkan pengalaman pelajar secara keseluruhan.
“Usaha ini adalah sebahagian daripada penjalanan berterusan kami untuk menjadikan UTP sebagai sebuah institusi terkemuka dan mampan di peringkat global,” katanya.
Menurut Mohamed Ibrahim pihak universiti menyokong secara aktif visi Petronas untuk masa depan mampan selari dengan inisiatif peralihan tenaganya.
“UTP terbabit secara aktif dalam usaha mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050.
“Melalui inisiatif penyelidikan dan program akademi, kami menyasarkan untuk membangunkan penyelesaian yang mampan dan memupuk pemimpin yang mengutamakan alam sekitar bagi menyumbang kepada dunia yang lebih hijau dan lestari,” katanya.
Sumber : BERNAMA
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular