Terkini
Tommy Thomas akan dipanggil sebagai saksi kes Najib
Pihak pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebagai saksi.

- Pihak pembelaan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion memaklumkan mahkamah mereka berhasrat memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebagai saksi.
- Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sebutan kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
- Turut didakwa dalam kes itu ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah.
- Pada prosiding bertarikh 7 Januari 2019, pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya akan memanggil kira-kira 70 orang saksi memberi keterangan.
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebagai saksi.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sebutan kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Turut didakwa dalam kes itu ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah.
Pada prosiding bertarikh 7 Januari 2019, pihak pendakwaan pada ketika itu memaklumkan pihaknya akan memanggil kira-kira 70 orang saksi untuk memberi keterangan.
Perbicaraan kes pecah amanah itu sepatutnya bermula pada 9 Julai 2019 namun ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. dan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB); kedua-duanya dihadapi oleh Najib.
Pada 25 Oktober 2018, Najib dan Mohd. Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Najib dan Mohd. Irwan masing-masing didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan melakukan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta.
Pertuduhan ketiga, Najib dan Mohd. Irwan yang diamanahkan ke atas harta sejumlah RM220 juta iaitu peruntukan di bawah Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB) milik kerajaan.
Bagi pertuduhan keempat, mereka dalam jawatan yang sama diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta RM1.3 bilion peruntukan di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai milik kerajaan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka juga telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta sejumlah RM1.26 bilion dan RM2 bilion milik kerajaan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular