Connect with us

Terkini

Suami isteri haram tayang bercumbuan di media sosial – JAKIM

Tindakan suami isteri bercumbuan di khalayak ramai termasuklah di media sosial adalah sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Suami isteri haram tayang bercumbuan di media sosial – JAKIM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan suami isteri bercumbuan di khalayak ramai termasuklah di media sosial adalah sesuatu ditegah dalam agama Islam.
  • Menurut hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di laman Facebook, tindakan tersebut boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan suami isteri sebagai seorang Muslim.
  • “Rasulullah bersabda yang bermaksud, iman itu ada tujuh puluh lebih cabang, rasa malu salah satu cabang dari iman.
  • “Oleh itu, elakkan berkongsi adegan yang tidak bersesuaian di media sosial kerana ia boleh menimbulkan fitnah, keraguan serta perbincangan dalam kalangan masyarakat,” ulasnya.
  • JAKIM berkata walaupun bermesra antara suami isteri adalah sesuatu yang dihalalkan, perbuatan ‘menayang’ adegan intim antara suami isteri di media sosial adalah bertentangan dengan adab ketimuran yang kita junjung selama ini.

PETALING JAYA – Tindakan suami isteri bercumbuan di khalayak ramai termasuklah di media sosial adalah sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.

Foto: Poster yang dikeluarkan JAKIM.

Menurut hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di laman Facebook, tindakan tersebut boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan suami isteri sebagai seorang Muslim.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud, iman itu ada tujuh puluh lebih cabang, rasa malu salah satu cabang dari iman.

“Oleh itu, elakkan berkongsi adegan yang tidak bersesuaian di media sosial kerana ia boleh menimbulkan fitnah, keraguan serta perbincangan dalam kalangan masyarakat,” ulasnya.

Tambah JAKIM, walaupun bermesra antara suami isteri adalah sesuatu yang dihalalkan, perbuatan ‘menayang’ adegan intim antara suami isteri di media sosial adalah bertentangan dengan adab ketimuran yang kita junjung selama ini.

“Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki.

“Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.

“Bagaimanapun, perbuatan bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil

Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
  • Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
  • Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
  • Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
  • Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.

PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending