Antarabangsa
Sekatan ekonomi Barat, sistem perbankan jejaskan eksport Afghanistan
Ahli perniagaan di Afghanistan mendakwa cabaran sekatan sistem perbankan, pengeluaran visa dan sekatan ekonomi kuasa Barat antara faktor memberi kesan buruk kepada urusan eksport komoditi itu ke negara luar.

- Ahli perniagaan di Afghanistan mendakwa cabaran sekatan sistem perbankan, pengeluaran visa dan sekatan ekonomi kuasa Barat antara faktor memberi kesan buruk kepada urusan eksport komoditi itu ke negara luar.
- Pengusaha safron di Herat, Afghanistan berkata kekangan sistem perbankan menyebabkan urusan pembayaran semakin sukar apabila item itu dieksport ke luar negara.
- Pengusaha safron di Herat, Jalil Ahmad Karimi berkata ada dari kalangan pengusaha telah melengkapkan eksport safron sebelum perubahan kepimpinan politik di Afghanistan pada 2021 tetapi sehingga tidak menerima bayaran perniagaan dalam akaun mereka.
- Afghanistan kini berdepan krisis kemanusiaan dengan lebih separuh daripada 40 juta populasinya terkesan dan bergantung kepada bantuan asing akibat sekatan ekonomi berterusan kuasa-kuasa Barat.
Ahli perniagaan di Afghanistan mendakwa cabaran sekatan sistem perbankan, pengeluaran visa dan sekatan ekonomi kuasa Barat antara faktor memberi kesan buruk kepada urusan eksport komoditi itu ke negara luar.
Pengusaha safron di Herat, Afghanistan berkata kekangan sistem perbankan menyebabkan urusan pembayaran semakin sukar apabila item itu dieksport ke luar negara.
Safron merujuk kepada herba terkenal dari Afghanistan dan Iran yang digunakan dalam masakan.
Pengusaha safron di Herat, Jalil Ahmad Karimi berkata ada dari kalangan pengusaha telah melengkapkan eksport safron sebelum perubahan kepimpinan politik di Afghanistan pada 2021 tetapi sehingga tidak menerima bayaran perniagaan dalam akaun mereka.
Peniaga safron, Mohammad Nazir berkata; “safron Herat Afghanistan mempunyai kualiti yang baik (dikenali) di seluruh dunia. Eksport tumbuhan itu dijalankan ke seluruh dunia terutamanya, di negara-negara Asia dan Eropah.
“Tetapi punca penurunan eksport saffron berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah sekatan pengeluaran visa dan sistem perbankan, (walaupun) masih ada eksport,” katanya dipetik Tolo News.
Sehingga kini, Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban tidak diiktiraf mana-mana negara kerana dasarnya yang tegas berhubung isu akses pendidikan dan pekerjaan kepada kaum wanita selain isu inklusiviti pentadbiran dalam kerajaan.
Afghanistan kini berdepan krisis kemanusiaan dengan lebih separuh daripada 40 juta populasinya terkesan dan bergantung kepada bantuan asing akibat sekatan ekonomi berterusan kuasa-kuasa Barat.
Antarabangsa
Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel
Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

- Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
- Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
- Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
- Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.
GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.
Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.
“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.
“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius.
“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.
Sumber: Jordan News
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak