Connect with us

Terkini

Sebahagian M40, peniaga mikro layak terima minyak masak subsidi – Fuziah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan subsidi bersasar bagi minyak masak paket dengan ketetapan baharu, iaitu menambah kategori penerima daripada golongan B40, kepada sebahagian kumpulan M40 dan peniaga mikro yang membabitkan 5.8 juta isi rumah.

Wartawan TMT

Published

on

Sebahagian M40, peniaga mikro layak terima minyak masak subsidi – Fuziah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan subsidi bersasar minyak masak paket dengan ketetapan baharu, iaitu menambah kategori penerima golongan B40, kepada sebahagian kumpulan M40 dan peniaga mikro membabitkan 5.8 juta isi rumah.
  • Timbalan Menterinya Fuziah Salleh mendedahkan tindakan diambil berikutan dapatan pihaknya menunjukkan 60 peratus daripada 60 juta paket minyak masak digunakan peniaga mikro tidak tergolong sebagai penerima subsidi.
  • “Walaupun kita tidak pernah meletakkan mereka sebagai penerima kuota minyak masak bersubsidi ini, tetapi selama ini kita tidak ambil tindakan. Kenapa? Sebab kita tahu mereka susah. Sebab itu kita tidak ambil tindakan kita diamkan. Sebab kalau kita ambil tindakan ke atas mereka, mereka akan terpaksa beli minyak masak botol dan harga barang akan naik,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan subsidi bersasar bagi minyak masak paket dengan ketetapan baharu, iaitu menambah kategori penerima daripada golongan B40, kepada sebahagian kumpulan M40 dan peniaga mikro yang membabitkan 5.8 juta isi rumah.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh mendedahkan tindakan itu diambil berikutan dapatan pihaknya menunjukkan 60 peratus daripada 60 juta paket minyak masak digunakan peniaga mikro yang tidak tergolong sebagai penerima subsidi barangan itu.

“Walaupun kita tidak pernah meletakkan mereka sebagai penerima kuota minyak masak bersubsidi ini, tetapi selama ini kita tidak ambil tindakan. Kenapa? Sebab kita tahu mereka susah. Sebab itu kita tidak ambil tindakan kita diamkan. Sebab kalau kita ambil tindakan ke atas mereka, mereka akan terpaksa beli minyak masak botol dan harga barang akan naik,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Penjelasannya itu juga bagi menafikan dakwaan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi berpunca daripada penyeludupan atau ketirisan.

Beliau turut menafikan dakwaan kekurangan bekalan barangan itu berpunca daripada aktiviti pembungkusan semula minyak masak paket kepada kemasan berbotol yang kemudian dijual pada harga lebih mahal di pasaran.

Ini kerana, katanya, tiada rekod berkaitan tindakan sedemikian dikenal pasti menerusi sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang memantau keseluruhan blok rantaian pembekalan minyak masak.

Beliau antara lain memaklumkan terdapat 151 kes kesalahan berkaitan bekalan minyak masak yang masih disiasat atau disita membabitkan nilai RM1 juta.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending