Connect with us

Terkini

Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan membawa cadangan supaya premis kerajaan seperti hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah, untuk menggunakan beras import bersubsidi bagi membolehkan lebih banyak beras tempatan berada di dalam pasaran.

Wartawan TMT

Published

on

Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi
Foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu akan membawa cadangan premis kerajaan seperti hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah, untuk menggunakan beras import bersubsidi bagi membolehkan lebih banyak beras tempatan berada di dalam pasaran.
  • Perkara itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada Isnin depan.
  • Beliau berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.

BENTONG — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan membawa cadangan supaya premis kerajaan seperti hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah, untuk menggunakan beras import bersubsidi bagi membolehkan lebih banyak beras tempatan berada di dalam pasaran.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada Isnin depan.

Beliau berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.

“Kita gunakan beras lokal ini untuk orang awam, maka (premis) kerajaan beli beras import dengan harga (bersubsidi) yang tidak tinggi, mungkin dalam RM32 hingga RM35 sekampit,” katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Perpaduan di Simpang Pelangai di sini semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata India dijangka akan memberi jawapan, sama ada negara itu akan membenarkan beras putih terus dieksport ke Malaysia, pada minggu depan.

Terdahulu, Mohamad berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari India, bagi menyatakan hasrat Malaysia agar negara itu terus mengeksport beras putih ke negara ini.

Mengenai dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan berpunca daripada tindakan pembekal menyorokkan stok, beliau menafikan perkara berkenaan dan menjamin tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di seluruh negara.

Advertisement

Beliau meminta orang ramai untuk tidak mengambil tindakan melulu dan menyerbu mana-mana premis yang disyaki menyorok bekalan beras tempatan.

“Jangan kita ambil undang-undang ditangan kita sendiri. Kalau ada kita dengar (berlaku penyorokkan bekalan) kita lapor, insya-Allah pegawai-pegawai penguat kuasa akan bertindak. Lapor kepada kementerian yang berkaitan atau buat laporan kepada pihak polis,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending