Connect with us

Terkini

Pertimbang insentif fiskal pengeluaran padi untuk Kedah 

Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mempertimbang untuk memberikan insentif fiskal kepada Kedah sebagai pengeluar beras terbesar negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pertimbang insentif fiskal pengeluaran padi untuk Kedah 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mempertimbang memberikan insentif fiskal kepada Kedah sebagai pengeluar beras terbesar negara ini.
  • Hassan Saad (PN-Baling) berkata, wajar untuk Putrajaya memberikan Kedah insentif fiskal sewajarnya bagi penggunaan tanahnya, kerana negeri itu memiliki keluasan tanah terbesar bagi penanaman padi di Malaysia.
  • Katanya, ini seiring kajian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berhubung penggunaan tanah untuk sumber makanan bagi melindungi keterjaminan makanan negara.
  • Beliau berkata demikian ketika membahaskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mempertimbang untuk memberikan insentif fiskal kepada Kedah sebagai pengeluar beras terbesar negara ini.

Hassan Saad (PN-Baling) berkata, wajar untuk Putrajaya memberikan Kedah insentif fiskal sewajarnya bagi penggunaan tanahnya, kerana negeri itu memiliki keluasan tanah terbesar bagi penanaman padi di Malaysia.

Katanya, ini seiring kajian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berhubung penggunaan tanah untuk sumber makanan bagi melindungi keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, Kedah bakal meningkatkan pengeluaran padi, dengan memetik program penuaian padi berskala besar oleh Lembaga Zakat Kedah sebagai bukti komitmen negeri itu.

Pada Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan kadar skim subsidi harga padi dari RM360 ke RM500 per metrik tan.

Anwar berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan mereka.

Katanya, ini kenaikan terbesar dalam sejarah, kerana kali terakhir subsidi dinaikkan adalah ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dulu.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending