Connect with us

Terkini

Percepat asing peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya, dua pasukan petugas khas diwujudkan

Dua pasukan petugas khas diwujudkan dalam mempercepat reformasi cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Wartawan TMT

Published

on

Percepat asing peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya, dua pasukan petugas khas diwujudkan
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Dua pasukan petugas khas diwujudkan dalam mempercepat reformasi cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dua pasukan tersebut adalah Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal.
  • Katanya, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dicadangkan terdiri daripada beliau sendiri serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil Blok Pembangkang, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
  • “Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan selain membawa implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan,” katanya, 

PETALING JAYA: Dua pasukan petugas khas diwujudkan dalam mempercepat reformasi cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dua pasukan tersebut adalah Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal.

Katanya, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dicadangkan terdiri daripada beliau sendiri serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil Blok Pembangkang, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

Azalina berkata, pasukan itu berperanan menjalankan kajian berdasarkan keterangan ke beberapa negara seperti England, Australia, Kanada dan Kenya bagi mendapatkan maklumat lanjut yang tidak dapat diakses melalui data terbuka kajian amalan terbaik global.

“Pasukan Petugas Khas Teknikal pula akan meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan. 

“Pasukan Petugas Khas Teknikal ini dicadangkan dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU. Pasukan Petugas Khas Teknikal akan menyediakan Laporan Interim dalam tempoh satu tahun mengenai Kajian Empirikal Komprehensif Pengasingan Peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara termasuk mengambil kira hasil kajian berdasarkan keterangan dan pembentangan hasil Kajian Empirikal untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Azalina mempengerusikan mesyuarat pertama dalam meneliti agenda reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini antara membincangkan terma rujukan dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan usaha reformasi tersebut. 

Menurut Azalina, sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak-pihak pemegang taruh lain seperti Polis Diraja Malaysia, agensi penguatkuasaan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pihak-pihak lain pula akan diadakan oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal pada masa terdekat. 

Katanya, agenda reformasi ini penting dalam memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pentadbiran, sistem perundangan dan tata kelola yang baik.

“Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan selain membawa implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan. 

“Hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang bagi pertimbangan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending