Connect with us

Terkini

Pemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran

Pengilang padi, pemborong beras dan peruncit memberikan komitmen melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara bagi menjamin kestabilan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Wartawan TMT

Published

on

TERKINIPemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengilang padi, pemborong beras dan peruncit memberikan komitmen melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara bagi menjamin kestabilan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata persetujuan itu dinyatakan pada sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara di Putrajaya semalam bagi membincangkan secara terperinci berkenaan BPT dan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI).
  • PKBPT dilaksanakan dua fasa bermula pada 8 Sep dan 15 Sep ini, dan melalui PKBPT, pengilang meningkatkan pengeluaran 20 peratus bekalan BPT (23,000 tan metrik sebulan) pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.
  • “Langkah intervensi ini bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran,” kata KPKM dalam kenyataan pada Rabu sempena sesi libat urus dipengerusikan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali.
  • KPKM berkata FAMA dan LPP dilibatkan bagi tujuan pengedaran BPT kumpulan sasar terutama di kawasan tidak mempunyai kemudahan pasar raya.

PUTRAJAYA: Pengilang padi, pemborong beras dan peruncit memberikan komitmen melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara bagi menjamin kestabilan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata persetujuan itu dinyatakan pada sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara di Putrajaya semalam bagi membincangkan secara terperinci berkenaan BPT dan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI).

PKBPT sedang dilaksanakan dalam dua fasa bermula pada 8 Sep dan 15 Sep ini, dan melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan BPT (23,000 tan metrik sebulan) untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.

“Langkah intervensi ini bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran,” kata KPKM dalam kenyataan pada Rabu sempena sesi libat urus yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali.

Sesi libat urus itu turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan lima pemborong beras utama serta 11 pasar raya besar.

Menerusi PKBPT itu, KPKM berkata FAMA dan LPP turut dilibatkan bagi tujuan pengedaran BPT kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.

Pemantauan dan penguatkuasaan keseluruhan rantaian PKBPT itu akan dilakukan oleh KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dengan kolaborasi strategik bersama Bahagian Penguat kuasa, KPDN dalam Op JAMIN, katanya.

Sebelum ini, KPKM telah mengadakan sesi libat urus melibatkan pasar raya pada 20 Julai lepas, pengilang padi dan pemborong beras pada 28 Ogos lepas serta Sesi Dialog Belanjawan 2024 Subsektor Padi dan Beras Negara pada 7 Sept lepas.

Isu kekurangan bekalan beras negara dan kenaikan harga beras import mendapat perhatian Ahli Parlimen pada sesi perbahasan hari kedua usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur semalam.

Mereka berpendapat masalah itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan beras ialah makanan ruji di negara ini.

Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menampung kekurangan 38 peratus bekalan beras untuk kegunaan tempatan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending