Connect with us

Terkini

Pelihara bahasa etnik, ejen pengukuh perpaduan masyarakat – Menteri Perpaduan Negara

Bahasa etnik merupakan khazanah warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak luput dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Wartawan TMT

Published

on

Pelihara bahasa etnik, ejen pengukuh perpaduan masyarakat - Menteri Perpaduan Negara
Foto: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
  • Bahasa etnik merupakan khazanah warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak luput dan dapat diwarisi generasi akan datang, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
  • Katanya, ini kerana bahasa mampu memainkan peranan bukan hanya sebagai suatu warisan, tetapi ejen pengukuh perpaduan antara kaum dan etnik di negara ini apabila masyarakat berbilang latar belakang itu memahami bahasa digunakan antara satu lain sekali gus mewujudkan persefahaman jitu.
  • Beliau berkata, Sabah sendiri mempunyai 33 kumpulan pribumi berkomunikasi dengan 50 bahasa dan 80 dialek etnik.
  • “Justeru penganjuran program-program bicara bahasa merupakan salah satu langkah proaktif untuk memartabatkan bahasa serta elemen-elemen tradisi, seni serta budaya di negara ini,” katanya selepas merasmikan program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti Telusuri Bayu Kinabalu, pada Khamis.

KOTA KINABALU: Bahasa etnik merupakan khazanah warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak luput dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Katanya, ini kerana bahasa mampu memainkan peranan bukan hanya sebagai suatu warisan, tetapi juga ejen pengukuh perpaduan antara kaum dan etnik di negara ini apabila masyarakat berbilang latar belakang itu memahami bahasa digunakan antara satu lain sekali gus mewujudkan persefahaman jitu.

Beliau berkata, Sabah sendiri mempunyai 33 kumpulan pribumi berkomunikasi dengan 50 bahasa dan 80 dialek etnik.

“Justeru penganjuran program-program bicara bahasa merupakan salah satu langkah proaktif untuk memartabatkan bahasa serta elemen-elemen tradisi, seni serta budaya di negara ini.

“Penganjuran program ini dilihat mampu mengangkat dan memartabatkan elemen-elemen tradisi, seni serta budaya amnya dan bahasa khususnya sebagai ejen perpaduan kaum di negara ini,” katanya.

Aaron berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau merasmikan program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti Telusuri Bayu Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Katanya, pelaksanaan program itu selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa oleh Kementerian Perpaduan Negara dan dilaksanakan melalui Arkib Negara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Program sehari yang disertai 250 peserta itu bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan bahasa kolokial dalam kalangan etnik di Sabah di samping mendokumentasikan budaya unik ini untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending