Connect with us

Antarabangsa

Pelajar PhD OKU didakwa dipukul kumpulan sayap pelampau Hindutva

Seorang pelajar PhD kurang upaya (OKU) didakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).

Wartawan TMT

Published

on

Pelajar PhD OKU didakwa dipukul kumpulan sayap pelampau Hindutva
Foto: Tangkap layar Pelajar PhD kurang upaya (OKU), Farooque Alam yang dipukul di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).
  • Seorang pelajar PhD kurang upaya (OKU) didakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).
  • Kesatuan Pelajar Kebangsaan India (NSUI) mendakwa serangan itu dilakukan kumpulan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) iaitu organisasi pelajar berhaluan kanan parti politik Bharatiya Janata (BJP).
  • Farooque Alam, pelajar OKU yang juga ahli senior NSUI itu dikatakan diserang ahli kumpulan ABVP pada Rabu lalu tetapi insiden serangan itu dinafikan ABVP.
  • Bagaimanapun, ABVP memberitahu tidak seorang pun ahli mereka berada di lokasi itu serta menegaskan mereka tidak terlibat.

Seorang pelajar PhD kurang upaya (OKU) didakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).

Kesatuan Pelajar Kebangsaan India (NSUI) mendakwa serangan itu dilakukan kumpulan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) iaitu organisasi pelajar berhaluan kanan parti politik Bharatiya Janata (BJP).

Farooque Alam, pelajar OKU yang juga ahli senior NSUI itu dikatakan diserang ahli kumpulan ABVP pada Rabu lalu tetapi insiden serangan itu dinafikan ABVP.

ABVP memberitahu tidak seorang pun ahli mereka berada di lokasi itu serta menegaskan mereka tidak terlibat, malah sibuk membantu pelajar-pelajar lain ketika itu.

“Dalam kejadian ngeri Hostel Kaveri hari ini, seorang warden senior Hostel Kaveri dan samseng ABVP menyerang aktivis NSUI dan aktivis senior kami  (iaitu) Farooque Alam yang merupakan seorang OKU dan sarjana penyelidik di JNU,” tulis NSUI- the student wing of the Congress tulis di platform X.

Farooque yang melanjutkan pengajian PhD di JNU dan bakal melengkapkan penyelidikannya dalam dua bulan itu dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam serangan itu dan kemudiannya dimasukkan ke AIIMS di Delhi dalam keadaan kritikal.

Advertisement

NSUI mendakwa ABVP yang merupakan sayap pelajar BJP dilindungi pentadbiran JNU dan kuasa politik.

Berikutan insiden serangan itu, JNU mengeluarkan notis menyatakan akan menjalankan siasatan terhadap pelajar yang terlibat dalam pertembungan itu.

Sumber: India.com

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending