Connect with us

Terkini

Pastikan harga makanan tidak dinaikkan selepas beli beras harga borong

Keputusan kerajaan membenarkan pengusaha membeli beras putih import pada harga borong akan mengurangkan kos perbelanjaan pengguna yang makan di luar.

Wartawan TMT

Published

on

Pastikan harga makanan tidak dinaikkan selepas beli beras harga borong
Foto: Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff.
  • Keputusan kerajaan benar pengusaha beli beras putih import pada harga borong akan kurangkan kos perbelanjaan pengguna yang makan di luar.
  • Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berpandangan, langkah itu hanya penyelesaian bersifat sementara.
  • “Saya bersetuju keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini sebagai salah satu penyelesaian jangka pendek dan dapat meringankan beban pelanggan yang makan di restoran.
  • “Cuma kita khuatir jika penguatkuasaan kurang, ada pengusaha jual makanan mahal padahal dia beli beras dengan harga borong sebab pelanggan pun tak tahu pengusaha itu beli pada harga tinggi atau borong.
  • “Untuk itu, kerajaan perlu pastikan pengusaha restoran tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga makanan lebih tinggi kerana mereka sudah membeli beras import dengan harga borong,” katanya.

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan membenarkan pengusaha membeli beras putih import pada harga borong akan mengurangkan kos perbelanjaan pengguna yang makan di luar.

Namun Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berpandangan, langkah itu hanya penyelesaian bersifat sementara.

“Saya bersetuju keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini sebagai salah satu penyelesaian jangka pendek dan dapat meringankan beban pelanggan yang makan di restoran.

“Cuma kita khuatir jika penguatkuasaan kurang, ada pengusaha jual makanan mahal padahal dia beli beras dengan harga borong sebab pelanggan pun tak tahu pengusaha itu beli pada harga tinggi atau borong.

“Untuk itu, kerajaan perlu pastikan pengusaha restoran tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga makanan lebih tinggi kerana mereka sudah membeli beras import dengan harga borong,” katanya kepada Harian Metro.

“Dengan melaksanakan cara ini Bernas akan perolehi keuntungan sangat minimum.

“Justeru, untuk jangka panjang memang tidak sesuai kerana akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

“Bagi saya apapun sepatutnya memang perlu ada penyelesaian lain terutama dalam memastikan pengeluaran beras tempatan dapat dipertingkatkan,” katanya.

Pada Ahad, Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKM, Adeysham Nor dilaporkan berkata, langkah itu diputuskan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai usaha jangka pendek kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan selepas pengguna kurang membeli beras putih import kerana harganya meningkat.

Katanya, persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong terbabit.

Sebelum ini, harga beras putih import jenis standard kira-kira RM2.80 hingga RM3.20 satu kg.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending